siapakah guru?

mereka yang mampu merubah fikiran orang lain tanpa perlu paksaan.

Wednesday, December 2, 2009

latest news for the recent entry,

for all uitm students, as informed in hal ehwal pelajar in its portal...

we will start our lesson on 4th of january....so mana2 yang dah beli tiket balik shah alam sile jual balik ye....

dah, itu je....

Thursday, November 12, 2009

bila lelaki melayu bikin gua panas



masih ada yang menyejukkan hati
masih ada yang membuktikan, setitik nila tak mampu rosakkan susu sebelanga

ape ni???

omaigod
omaigod

-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
- omaigod-



indahnya makhluk ciptaan tuhan!

hey perempuan!

hari ni aku masih boleh panggil ko perempuan, tp aku tak sure sampai bila
mungkin esok atau lusa aku akan start panggil ko bitch kalau sikap terhadap aku tak berubah!
bila bermasalah, pandai merengek minta tolong...
sekarang dah up sket, ada hati nak pandang orang lain sekecil2 umat
sampai bertanya khabar pon dituduh penyibuk!!!

dah itu aje, kang ramai lak yang cucuk nak tanya siapa sebenarnya ko ni!
malas nak layan!
mula-mula memang kecik ati ngan kamu yang anggun, tapi sekarang ianya lebih kepada konsep
'orang tak nak kawan, buat ape terhegeh-hegeh kan?'

sekian, wasalam! OLE!!! * tiru gaya nabil dalam movie pisau cukur

Tuesday, November 10, 2009

money is really something....


i do admit the real value of friendship is determined by how much money in your pocket, how many platinum credit cards do you have and how much $$$ in your savings!

i have to admit as well that the real dream guy of mine should have stable financial history : car paid by cash, so do the house.... no debts ok!

sori, qualiti duit 50 henggit lama yang tak cun, duit baru lebih mengancam, tak gitu???



sebab nak cari laki kaya, kena start tulis belog dalam bahasa inggeris, sebab ramai laki kaya poyo suke cakap inggeris dengan slang british, padahal 'perlu ke slang kalau dah terbukti yang engkau keturunan jawa or bugis or lelaki melayu????'

kena pandai jenguk salun2 nak volumize kan rambut, then kena apply make up mahal2 macam produk MAC, dah tak boleh pkai stakat elianto or silky white! baju pon dah tak boleh pakai yang bundle walaupon kadang2 baju bundle wanita lagi comel dari baju yang ada kat butik di sogo!
dah kena start pakai kasut scholl instead of wearing crocs yang so kanak2! dan kalau nak pkai tudung, tak leh pakai tudung yang main sarung macam ramai indonesian girls pakai tu, kena pakai yang ala2 siti nurhaliza taruddin or ala2 wardina safiyyah, sebab lelaki kaya minat perempuan elegant!

walau kita tak suke berdandan or berpakaian mahal, tp itula investment yang perlu dibayar demi mencari lelaki kaya ( read: bukan laki orang). kadang -kadang wanita perlu berkorban dengan memakai kasut tumit tinggi 3 inci supaya nampak lebih tegak dan tidak bongkok! then kena pkai lipstik walaupun tak selesa bila nak makan aiskrim. lepas makan, kena apply balik lipgloss, owh what a waste! tp itulah pengorbanan....apalah sangat duit rm 17.90 beli lipgloss kalau dibanding kan nanti dapat elaun rm10k sbulan sebab laki saya CEO kat MK Land, oh tidak, mungkin CEO TV3 lepas dato' Farid Ridzuan. or pengarah kompeni sendiri macam dr Rozmey, tapi yang penting bukan dr Rozmey yang saya dambakan!

selepas pengakuan ini dibuat, mungkin ramai akan kata saya hipokrit, speaking english juz for the sake nak tunjuk pandai depan lelaki kaya, then tak mampu jadi sendiri walhal saya hanyalah perempuan kampung yang dulu2 suka main perang-perang dengan anak jiran, lepastu main sungai, tak main barbie atau pun masak-masak. lepas tu bila besar, lebih minat memancing daripada memasak. tapi itu bukan bermakna saya langsung tidak feminin. tak tahula pulak yang feminisme seseorang itu buleh diukur. kalau saya cakap, saya tengok citer 'papadom' pun buleh nanges, itu dah cukup femininkah???

oh, saya hanya merepek sebab ini merupakan entri terakhir yang saya mampu taip menggunakan laptop ini kerana laptop ini bakal diserahkan kepada sepupu saya yang belajar di UIA PJ. di sini saya menyeru lelaki2 kaya di luar sana untuk menghadiahkan saya sebuah laptop, paling koman saya maukan compaq v3 juga...kalau boleh, kasi je iMac...mungkin saya akan bertambah sayang pada anda!

akhir kata, majula gold digger demi masa depan anak2 yang cemerlang!



sebelah lautan yang terlepas

dah selesai satu paper yang amat ngeri!
harap2 dapat keputusan yang layak dikompang satu negeri!

contemporary literature memang best, kecuali 2 soalan awal yang macam gampang kena evaluate poem! kalau tak de poem konpom senang hati sket!!!
haish!!!

tunggu 13 hb dengan hati yang tak tenteram, paper sociolinguistic menyusul dengan impak yang lebih kejam! nyesal slalu ponteng kelas madam roslinda!!!

Monday, November 9, 2009

saje nak bagitau

citer papadom sunggoh best!
kategori tak rugi menuntonnya!
meleleh air mata dari awal sampai akhir!

shut up to those yang tak nunton citer melayu!

Wednesday, November 4, 2009

sebab saya seorang yang cantik, saya nak tulis belog

sebab saya seorang yang anggun, saya mahu menulis

sebab saya seorang yang cun, saya sedang menaip

dan sebab saya seorang yang , yang, yang ........

maka saya nak tulis walaupon tak ada idea.......

Sunday, November 1, 2009

loser


pathetic sunggoh:

1. bangun pagi, on laptop, harvest crops. dah setel 645 am baru subuh...
2. pegi mlawat kebun rakan2, paling best kebun aziz, mak aih! jeles2...
3. bertukar strategi ngn kak chu ja dlm usaha meningkatkan produktiviti ladang...


bangun pagi, terus kecewa bila tengok hasil tanaman ada yang mati kelayuan, tp gembira jugak bila tgk ada tanamn yang berjaya!!!

merenung masa depan.....nak naik level cepat2 dan jadi kaya!

ps: apa barang perang2! baik berkebun weyh

Tuesday, October 27, 2009

cinta sampai mati!

jiwa bergolak nak . citer 'papadom'
sape yang ajak aku tengok citer ni, sumpah aku akan cinta sampai mati!

ape kes tgk movie sensorang! aku nk beramai2...tp berdua lebih baik
sebab ada bab2 sedey kan? so aku buleh belakon buat2 tersentuh lalu tersentuh bahu dan tersentuh errr...errrr....tersentuh hati!

ya, ajak la aku nunton 'papadom' wei.

Saturday, October 24, 2009

kehidupan pelajar yang terlampau

mood: resah gelisah bila mendengar namamu!!

assignment to be submitted before 430 pm 23 oktober 2009.
  1. research proposal
  2. reading test evaluation
  3. portfolio curriculum and instruction
and seperti biasa, menjalani kehidupan seorang nur sakinah, kesemu assignment haruslah disiapkan last minute. bangun tido pukul 645, usai subuh haruslah menyembah tilam nan satu....
bangun balik pukul 830 dan besiap ala kadar utk ke kelas terakhir bersama madam shiha-caution uolz!!! jangan cari pasal....and aku recommend jgn masuk kelas beliau next sem kalu nak hidup bahagia dengan procrastination and problematic attitude.

dan selesai kelas barulah start nak cari bahan utk buat reading test evaluation yang kena analyze 40 soalan bahasa inggeris pmr yang tak best tuh - done at 315 pm.

break sebentar dengan dominos, buat home delivery yang akhirnya end up hntar lambat sebab bumi shah alam asyik menangis...maka dapat voucher pizza percuma. seronak di situ!!!

345, bermula agenda mengumpul maklumat utk research proposal, kononnya inila tajuk tesis yang bakal digunakan di akhir pembelajaran sebelum memeluk sehelai ijazah...ijazah uitm tak bergulung ye!!! gulong2 ni standard adik2 tadika kemas je tau. 515 pm , assignment done...

530 bergerak dengan penuh keyakinan ke fakulti untuk submit assignment yang masing-masing bercover paper kaler orange. Result harusla flying color kan???? Amin....

Menuju ke Akasia untuk membakar aka burn the cd utk portfolio sebelum dihantar ke respective lecturer Dr Nabila-the only lecturer yang paling sempoi walaupun sangat sarcastic terhadap makhluk-makhluk bermasalah seperti penulis.

730 pm- semua dah setel dan i am now declaring myself free from the asses...

~~~~~~~~~~~~~kehidupan tanpa assignment sangat boring~~~~~~~~

pukul 8 kol abah;

abah: kamu sehat?

budak boring : haruslah sehat, kalau sakit konpem tak larat nak kol ni.

abah: kamu makin gemuk ke?

budak boring : abah tu buncit tak ingat!!!! *smbil dah terasa ati

abah: at least dah ada anak 5 baru gemuk, tanda bahagia.

budak boring: ala, orang pun bahagia kalo takder abah!

tup..............line terputus.....kemudian cubaan beliau utk memujukku tidak berjaya atas alasan kononnya aku nak solat isya', maklumlah isya' dah awal skarang! dah xleh nak maghrib pukul 8 5 minit dah skarang!

boring lagi.......

godek2 akaun muka buku then zafi texted ajak minum2....dah teruja nih, skali dia nak tunggu nur kasih habis....huh!!!!!!!! oh adam!

pukul 10 baru dorang (brobear, zafi, aziz) smpai ke rumah...then amek mimi n yet..terus memecut ke sunway dengan harapan nak nunton 'papadom'...dengar cerita, movie ni quite a blast..haisy makin tak sabar nak tengok.
Sekali bila dah sampai kat sunway punye cinema, wallaweh ramai la plak orang...and nampaklah movie 'papadom' ni pukul 11 and 1120...kami semua decided nak beli yang pukul 1120 sebab bro bear lapar katanya....beratur punya beratur, sekali tiket yang pukul 1120 tu dah abes. maka terpaksalah pilih 'papadom' yang pukul 11 punye...sekali...



ambek ko! sekali pandorum daa!!! kesilapan teknikal ketika membaca skrin tv apabila teruja!

~sebab masing-masing teruja nak nunton 'papadom' by Afdlin Shauki, maka kami hanya mampu menghayun langkah menuju ke kedai makan berhampiran- apa lagi restoran Sri Bidara kesayangan sayala....makan, makan, dan makan!!! tensen sebab tak dapat tengok movie.tsk!

Cubala tengok trailer 'parondum' ni, macam best sebab ia filem omputeh! *general statement! tapi macam disturbing je, so malas nak tengok. Ai kan suka tengok movie yang lyte lyte je, mcm movie komedi cintan cintan....baru release tension namanya!

sampai umah, godek muka buku dan belog yang bersawang...then terus mau tido....bismikallahu Ahya Wa'amut...



Tuesday, October 20, 2009

menghadapi ASSignment!

menghadap ilmu
aku niat sebagai jihad
celakalah perasaan itu
lawan, terus lawan

namun terus tewas
damn!
aku mengantuk!!!

Saturday, October 17, 2009

sebab ramai orang berbuat hal yang sama....

maka aku jua akan join komuniti yang mengganyang 'Yate Pettgrew'

sbb nama dia bunyi oversea, aku letak gmbar yg ada efek minah salleh sket!

siapa beliau?? merupakan seorang pensyarah yang disayangi ramai di awal-awal semester kerana dedikasi membatalkan kelas tanpa menggantikannya dan membuat aku jatuh cinta dengan subjek creative writing walaupun aku amat membenci sastera.

ingat lagi pasal aku ckap, aku minat subjek creative writing??? ingat??? kalu xingat kelik kat sini..., dan sini...dan sini lagi.....

kenapa dia dibenci di akhir-akhir sem??? kerana setelah mengambil semua assignments, dia menghilangkan diri tanpa khabar berita....bukan setakat students xboleh nak contact dia, siap ngn semua lecturer pun masih belum mampu menjejaki dia...hilangkah??? perlu repot polis lapor kehilangankah??? atau sudah berada di luar negara??? itu aku tidak pasti...yang aku pasti, semalam kami semua memasuki kelas Miss Mel and start everything all over again... siap ada sesi berkenalan lagi dlm kelas...*sigh...

namun aku percaya, tentu ada hikmah di sebalik kejadian ini....doakan saja aku berjaya dpat A untuk subjek ini.....walaupun Uitm is having final week next week...tentu masih ada masa!

my first environmental poem for all:

meraung pada langit
menjerit pada awan
bertanya mana matahari
menentang ombak itu
melawan arah arus
bukankah itu perkara sia-sia???

jangan ditengking
usah mengeluh
kerana tiada siapa
yang mahu dengar

melacurlah pada alam
selagi kudrat terdaya
kerana ia pasti tersenyum
dan berbaik sangka..


ps: pelihara bumi kita...water is fast disseappearing..dont let it all gone. use less paper, save the tree, and carry your own bag to shop....

Thursday, October 15, 2009

kemahiran bercakap dan lenggok bahasa lambang keperibadian insan

well, juz nak share the story, smalam chat ngan my buddy from Brunei, actually he is taking diplomat study kat UBD( universiti brunei darussalam). So, dia ada study subjek macam oral comm, soft skills and whatsoever la kan, kononnnya untuk berinteraksi in term of proper manner and intelligence. nak jadi Yang Berhormat contohnya, kena la tau bahasa -bahasa para YB kan? Bahasa datuk-datuk. Samalah jugak kalu jual goreng pisang kat pekan Bukit Payung, tak kan nak jual kat orang kampung, tapi greet customer "yes, sir, how can i help you? this goreng pisang is 5 piece per one ringgit!", gila lah nak kena plangkong ngn tok penghulu aku yang tak berapa nak pandai cakap omputih kan? kan? kan? dan kan lagi.... so, perbezaan cara berbahasa inilah yang kita panggil 'jargon' (by all means, jargon is special words and phrases used by particular groups or people, especially in their words)...nah, itu je yang aku nak bgitau....tentang peranan bahasa yang amat penting dalam penyampaian maklumat....ada faham??? kalu ko orang bahasa, dan tak paham apa itu jargon, memang aku sekeh....

berbalik kepada kawan Brunei tersebut, dia kasilah satu video yang dia orang belajar, sebab orang belajar dari kesilapan, maka video ni adalah contoh yang bagus untuk cari kesilapan...
video

so, byk tak faul....aku jugak xpaham, kenapa mesti video ni? x menyentuh sensitiviti politik ke?
kawan aku yang duk Brunei itu ckap...kontroversi yang kita cari, baru menarik perhatian, terutama bila objektifnya nak belajar....


ps:/selain dari penggunaan bahasa, banyak jugak faul yang aku nmpak. korang nampak x???
perh, xder orang lain ke yang lebih layak jadi menteri penerangan??? macam kena pegi kursus komunikasi je...

dedikasi khas buat teman...

good luck!!!

Sunday, October 11, 2009

gagal lagi 'sigh'

tahun lepas, genap setahun....aku dah berazam akan tunaikan janji aku pada 10 oktober 2009..
namun masih gagal....aku rasa nak undurkan balik masa....Tuhan tolong undurkan masa walaupun beberapa minit, aku xkesah! Yang pasti aku mau masa yang terlepas itu....

Dah 21 tahun aku hidup, tp aku selalu gagal nak ucapkan selamat panjang umur kat umi aku. Walaupun aku lupa wish birthday umi, aku masih harap umi berada dalam keredhaan sepanjang masa.

Umi, hepi bday!!! silalah bace entri ini.... sebagai saya tak pernah lupa birthday umi, cuma selalu terlepas nak wish...semoga diberkati ya!

i love my mom 3 times before i love en mat zaki....


*next time, kalu buleh nk jadi orang pertama wish!!!

Friday, October 9, 2009

jalan-jalan di fakulti

terserempak ibrahim dan teman....

"eh kinah, bila nk update belog?"

wah, ibrahim follow mollow belog aku....aku suke itu!!!

Tuesday, October 6, 2009

perfect!!!

ayat cliche!

"practice makes perfect, but nobody perfect...so why practice??? "(pokjad's ym, 2009)

" nobody is perfect, i m nobody....so i m perfect!" (nurul, 2009)

sape boleh tolong terjemahkan apa maksud perfect???



*dulu masa zaman skola, slalu ingat pengawas sekolah itu perferct!!!

Monday, October 5, 2009

eh, jangan tolong kami, biarkan kami mati disini...kamu maling!

jangan pernah soal tentang semangat patriotik aku!

dalam kesibukan kerajaan malaysia + ngo malaysia + sukarelawan + dermawan yang menghulurkan bantuan ke mangsa2 gempa bumi, ada mereka berterima kasih???

kerajaan pon sibuk je sponsor kapal terbang angkut makhluk2 tak berterima kasih itu.
tiba-tiba aku rasa aku di anaktirikan di negara sendiri.

aku bukan amek port sangat pasal2 ni, cume tadi isu ini timbul masa tengah lunch. Perh, bengkak jantung aku! ape kes nak kecoh tarian pandet yang xberseni tu? itu kan dari kaum buddha di India sana...sebok nak ngaku itu hak dorang! kecoh pasal bendera malaysia sama ngan amerika, bendera dorang tiru bendera monaco...b

tapi memang mentaliti orang malaysia dah maju setapak dari dorang! mana ada malaysian yang melatah kan??? xder kan??? kan??? xmain la layan kaum-kaum bodoh ni. Tuhan bayar cash pon xreti2 lagi....


*berkali2 aku buzz kawan indonesia aku,x ada respon!!!

Sunday, October 4, 2009

tunggu

dan terus menunggu.....

walaupun menunggu itu sakit

ibarat menengking ke arah ribut

rapuh jua penantian itu

bila yang dinanti muncul

tiba bersama satu roh

dan aku suka roh itu....

oh cinta, datangla lagi!!!


*menulis entri smbil tersengih!

Friday, October 2, 2009

comel tentang afdhal abu kassim

dimensi masa: 9 am
kelas : TEC 4
nama guru: en afdhal abu kassim
para pelajar : tingkatan 1 baik

afdhal panggil nama student dia dengan nama penuh!
simptom-simptom gabra!
apakah simptom gabra aku??
tunggu 16hb!

Thursday, October 1, 2009

bila terlalu banyak assignment!!

otak jadi beku!
nak tulis, semua terkunci rapat lam otak!
tu la....
kadang2 membaca banyak sangat xelok utk otak~~

aku masih mahu esok



hari ini lebih teruk dari semalam...
semalam lebih teruk dari kelmarin....
tp aku masih mahu hari esok....
dengan harapan, esok pasti lebih baik buat ku!!!
aku cuma mau jadi lebih baik




~aku rasa nak berlakon filem~

Friday, September 18, 2009

hari terakhir ramadhan di opis!

situasi 1

Rozlan: nana, lusa dah raya...
AKU: so???
Rozlan: tinggal 2 hari je lagi ko pakai tudung kan? pastu??
AKU: hoh!!!

situasi 2

Mr Ravi : Sakinah, tomorrow u come to work or not?
AKU: I dont think i can make it la sir, tomorrow morning, i drive balik kampung.
Mr Ravi: its ok, i ll find some replacements for you...but you owe me dodol!
AKU: since when Terengganu serve dodol during Raya???
Mr Ravi : ahhh, i dont care. i want dodol....

Situasi 3

Mr Adrian : Sakina , after calling this customer, you come and see me in my room okay!
AKU: Ha!!! (did i do something wrong)
Mr Adrian : Dont tell other people okey. This is your 'duit raya'....
AKU: thanx, sir... i will bring some keropoks to you after raya

Situasi 4
Abg Nazrim: Na, tolong donlod lagu raya untuk abang!
AKU: boleh, tp pas raye la saya kasi...ari ni last saya kije....balik awal sbb esok sekolah cuti..
Abg Nazrim: kalu gitu, takpayah la lagu raya...abang nak lagu Azie - pelangi anganku musnah
AKU: Abang ni gila sex la....


ni jer gamba aku ngn rakan sekerja- tupun time berbuka bersama kat nasi lemak antarabangsa kat TTDI JAYA...dari kiri: Tajul, NANA CUN, ROZLAN....

sebab saya suka berparti...

lokasi: Flaming Steamboat bandar Sunway
mereka yang terlibat : puak sester yang berada di UiTM, UM,UKM,Sunway Uni, Monash Uni, HUKM, dan mereka2 yang berada sekitar Lembah Klang. Plus UTP, UMT, dan UMP...woh jauh set mung mari!!!

kenal x steamboat? soalan xboleh belah...sekeh je pale anak mat zaki neh. dah lama nak buat entri ni, tapi asek takder mase sbb berterawikh oh bukan...inilah xtvt steamboat....definisi secara aksi....xtvt ini langsung tidak mengghairahkan apabila hanya anda seorang sahaja yang beraksi tanpa teman-teman disamping anda.

sekalung tahniah buat teman-teman yang berjaya menjayakan xtvt berbuka puasa bersama-sama genV sesterians. batch kita kan gelabah gila selalu buat reunion tak kira dimana anda berada! sangat terharu apabila teman-teman dari MMU dan terengganu berserta seorang rakyat dari pahang sanggup berjuang datang..sungguh semangat ya anda! cuba kalo aku suruh korang semayang terawikh..ye ye a je!!!

bermula dari 2pm, kitorang dah mula berkumpul dengan aktiviti jumpe rakan-hoh lama xjumpe lantas terkinja-kinja melompat smbil berpelukan sehingga menjengkelkan para mata yang melihatnya. kemudia buat xtvt spontan secara somersault di sunway pyramid
berposing, bertangkap gambar, berjerit dan berlompat...mcam sakai kemudia berpeluh lantas bersopan bila masuk lif....
mencoret kata-kata sayang!!!jerawat sebutir nampak??? sampai sekarang ada, tak paham dengan hormon sendiri.
kat skola dulu, wajah2 ni memang aku elak nak tengok. takut kena dakwah....dari kiri baizura, zathi aka kak bad, sha dan enink (ceh, enink aku xtakut pon)

dalam boat ada mee.....janji muka aku je yang ado!!!!
hoh, mat bong aka sepu buat pertama kali pegang DSLR!!!
kapel dari sekolah, tatkala ikatan percintaan kapel2 skola yang lain putus di tengah jalan, mereka masih lagi utuh bersama...bila nk break up wei??? ni first time aku makan ngn AZRI tp tak duduk sebelah dia sebab ada INTAN, kena jaga perlakuan sket. INTAN kan garang grrr grrr...aku makan memang takder soul, dan aku percaya AZRI jua begitu. haha....kalo makan sebelah AZRI, memang kami akan saling meludah makanan antara satu sama lain...eratkan perhubungan kaedahnya...
turn INTAN solat mghrib, finally kami ditemukan jua....hah, buat donno jer muka ko ek!
ahli gimnas sester!!! eh bukan2...set bola baling yang jadi juara KUALA TERENGGANU tahun 2004 dulu kan? kan? kan? sape striker??? ofkosla yang bertudung paling striking tu kan? kan?
lepak sampai lebam...sahur kat mekdi cheras...pastu AZRI buat2 lupa nak isap rokok lepas waktu IMSAK, nasib baik aku menjadi Ustazah sebentar....
dah itu aje! kami gedix nak ucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada Ayahanda Sester, Cikgu Jamil, Ustaz Awang dan para guru sekolah menengah sains kuala terengganu. Ailabiu SESTER abadan abada!!!

Thursday, September 17, 2009

law and justice

sempena malam yang dikatakan malam lailatul qadar ini, aku rasa kita semua tahu apa beza antara undang-undang dan keadilan...

dah, itu je....adil xsemestinya kena ikut undang-undang

undang-undang xsemestinya adil.....bukan kah begitu?

ALLAH MAHA ADIL....semoga kita mendapat berkat dari zatNya...

Wednesday, September 16, 2009

+60178630175

16 sept 2009
2:04 pm

TAHNIAH!! SimCard Anda telah Berjaya Cabutan BERTUAH wang RM:17.000.00 Dr "POWER ROOT" SDN BHD. Sila Hub Office Di talian: 017~860~8079 terima kasih.

wot2...dah la kaco aku tido...kalo btul takpe la jugak......tengok cara cash ditulis, x $$$ langsung. Kosa kata dan pengguna pembuka bicara pun dah salah. Mcm mane aku nak percaya???

time nak raya ni, kalo betul2 dapat duit tersepak. memang aku bahagia...

Ps: xpernah membeli produk power root, camner leh menang?? mane rosyam nor? mana adam? datang sini jap, explain kat aku!!!!

hari terakhir berbuka di masjid...

syahdu betul...esok dah tak boleh berbuka kat masjid kesayangan dah, masjid kesayangan adalah masjid Unta kat Seksyen 18...kebetulan hari ni laut dia pergh..mantap!!! Nasi beriyani, lau daging, ayam masak merah plus dalca terung. Air sirap tetiba je jadi sedap amat, sungguh nyaman di sini..
sebab esok dah tak boleh nak berbuka ramai-ramai lagi macam hari ini, maka agak sedih ketika bersalaman dengan jemaah lain. sedih bukan sebab xdapat berjemaah lagi, tapi sebab tak dapat makan free lagi...fasik betul..hohho...

bersama cekyam, merentasi masa berterawikh di surau yang berhampiran, hajat di hati mencari imam yang bace surah pendek dengan laju, tapi berjemaah juga dengan imam yang baca surah panjang...nasib baik tarannum ala2 ustaz zamri dekat di hati...first time terawikh tak ngntuk...yang penting, moreh!!! baik punya kuih keria bersama kuih tak-tahu-nama-tapi-sedap.

sbnarnya......

saje nak explain apa yang dirasai sepanjang berbuka dan berjemaah di kawasan kejiranan seksyen 17 dan 18 shah alam ni...jemaah mereka ok. cuma yang tak best:
  1. mak cik2 suka pakai sejadah lebar2 macam tak sudi rapatkan saf
  2. mak cik2 main sms dalam masjid ketika tunggu berbuka puasa, kalau di kalangan remaja, itu fenomena biasa okeh, tp ini mak cik-makcik...saya dengki!!!! kan ke bagus kalo bawak berselawat wahai mak cik-makcik budiman...
  3. mak cik-mak cik suka bercakap pasal " eh awak beli kat mana jubah ni? cantik!!!", lantas saya menjerit di dalam hati " baju aku lagi cantik la mak cik!"
  4. anak-anak makcik suka buat bising dalam masjid, adatla kanak-kanak, tp yang agak biadap nye, mak cik-makcik langsung tak larang kanak-kanak tak baligh ni...mana aci, saya masa kecik-kecik dulu kalo buat bising sket je dalam masjid, konpem kena cubit on the spot, belum tambah sambungannya lagi bila dah balik umah, abah konpem ngan tali pinggang kaler cokelat nya...
  5. makcik-makcik tak terawikh pon kat masjid, lepas berbuka buat donno je menonong pegi amek nasi tak abes, tapau untuk sahur katanya. Siap suruh kitorang yang student UITM terbaik punya amek sekali. ~ai malu tapi mahu~....
itu je...kang lebih2, ada mak cik2 bising lak!!! esok dah tak berbuka kat masjid dah, selamat hari raya ye makcik2. maaf zahir dan batin. td salam-salam kan??? kira o-o okeh!!!

p/s: time kasih kepada dermawan yang sudi menyediakan juadah berbuka puasa sepanjang ramadhan, insyaALLAH, bila saya dah stabil dari segi kewangan, saya bayar balik kat masjid.
syukur juga pada Tuhan Yang Esa, memberi kesempatan untuk saya bersama kawan-kawan dengan meriahnya ketika berbuka tanpa perlu menyediakan wang.


nak balik raya, nak balik raya!

Tuesday, September 15, 2009

perkara yang saya suka tentang creative writing class...

  • saya suka kelas creative writing...
  • saya suka sebab kelas selalu kensel tanpa perlu ada kelas gantian
  • maklumlah, pensyarah saya yang bernama Rohayate Pettigrew itu baru sahaja dapat offer jadi CEO kat mana entah.
  • saya suka kelas creative writing sebab minda saya tidak perlu berkerja keras membaca nota...mahupun mendengar bebelan pensyarah...tengok saja apa yang saya buat ketika kelas beliau....

'fashion boutique ' game menjadi kegemaran saya, terutama dibulan puasa...
Puan Yate berada di hadapan dengan beranggapan saya mengambil kesemua nota2 beliau lantas berasakan saya lah pelajar paling anggun dan berdedikasi di dalam kelas....sekian terima kasih

kalo bukan bulan puasa, saya lebih menumpukan perhatian kepada aktiviti mengunyah kerepek ubi bersama sahabat...

selamat hari raya...semoga ketemu sama lailatul qadar yang diimpikan ye kawan2!

Sunday, September 13, 2009

saje nak bagitau...

aku dah ada dua pasang baju raya and dua pasang kasut raya...

hehehe, tadi pagi i sopim raya kat Plaza ALam sentral....tau tak sape i jumpe.???

USTAZ BAHASA ARAB I YANG MUDA TRANG TANG2! YANG SELALU JADI IGAUAN PARA GADIS KELAS I DAN YANG MENJADI BAHAN UMPATAN I NGAN FARID DALAM KELAS!!!

ape yang spesel pasal ustaz ini???
  1. ustaz saya baru balik dari Cairo
  2. ustaz saya pakai kemeja kaler pink....metrosex btulll
  3. ustaz saya tidak tipikal untuk memakai songkok
  4. ustaz saya pkai kardigan ketat kaler itam...auwww...
  5. ustaz kamu?????
  6. ustaz saya selalu sebut....'okeh?' contoh ayat..."kinah hot okeh" (ayat tak tipu, ustaz betul2 cakap)
  7. ustaz saya.....ustaz saya...ustaz saya...orang kedah....(hoh takder modal)

-
-
-
-
-
-
-
-itula gambar ustaz saya.....kualiti gambar memang guna teknologi paleolitik...saya xreti nak edit

itu je. babai

Saturday, September 12, 2009

cahaya

”Ya Allah,
jadikanlah cahaya di hatiku,
cahaya di lidahku,
cahaya di pendengaranku,
cahaya di mataku,
cahaya dari belakangku,
cahaya dari mukaku,
cahaya dari atasku
dan cahaya dari bawahku.


Ya Allah,
berikanlah aku cahaya”

Friday, September 11, 2009

kalau cari pasti jumpa

benda
kalau dah pasti benda tu ada
bila hilang
pasti akan jumpa

cinta
kalau dipupuk atau dicari
pasti akan jumpa

tapi sekarang aku sedang belajar mencari.....
sesuatu yang aku tak pernah jumpa
sesuatu yang berbeza
perasaan tak sama
semangat berganda
frekuensi tak sama
betul ke benda tu ada???

Dia kata perkara itu pasti
aku cari, masih xjumpa
kuharap ku pasti ketemu
malam yang satu itu.....

Thursday, September 10, 2009

apa itu redha?

pagi : kuiz bahasa arab 2&3, terus marking paper....the lowest mark in the class, mantap!! bersambung dengan test reading bahasa arab, langsung tak tahu apa yang dibaca, baca macam baca AL Quran, kemudian soalan yg ditanya dijawab dengan tekaan sahaja. haih....

tengah hari : terkurung di antara dua pintu. paham ke??? tahu tak ruang antara pintu dengan grill. melangkah keluar dgn yakin lantas mengunci pintu tanpa menyedari bahawa kunci grill tiada di tempat kejadian...sejam jugak menunggu cekyam yang hanya akan habes kelas pukul 4 petang. diulang, pukul 4 petang....

petang : berada di fakulti untuk menyiapkan tugas2 terakhir sebelum group assignment dihantar pada hari esok. kemudian terlepas waktu berbuka kerana terlalu lambat bersiap untuk ke bazar. nasib badan.....

selepas berbuka : pulang kerumah, kemudian menyedari roomate tidak dapat masuk ke bilik....damn!!! sekali lagi kunci bilik tertinggal dalam bilik. melutut di depan bilik sambil membayangkan akan ada orang di dalam bilik membukakan pintu sambil membaca bismillah berkali2. selepas maghrib, terpaksa berputus asa....dengan berbekalkan semangat yang cekal, buka kekuda dengan betul....laungan ALLAHUAKHBAR!!!! pintu ditendang....perh, sekali terburai isi tombol pintu...aku sendiri kagum. apatah lagi anda!!!

malam: bersiap untuk terawikh. dapat call dari Usher. Group meeting pukul 9. Sbb esok dua assignment perlu dihantar. tunggu azan isya, dan menaip....lantas aku masih tersenyum....


sekarang aku faham, apa itu redha!

A QUID OF SIREH, A BOWL OF WATER

let say you have an emotional disorder, then your lovely pappy takes you to a psychiatrist, who informs you that you have neuro-chemical imbalance, and assigns you a drug that restores the chemical balance.
then, the following day, your mother takes you to a bomoh. once again, a bomoh!!! the bomoh informs that you are inhabited by an alien spirit; he chants, prays and washes you with holy water....

but after undergo both of the treatments....u slowly improve and finally are free from any disorder.
which one do you think had helped you most???

Wednesday, September 9, 2009

9 september 2009

090909.tarikh yang cantik

serius, kalo ada calon....

memang aku kawen ari ni.

Tuesday, September 8, 2009

edisi bergelak ketawa di tengah malam....

balik dari puchong tadi, gua dah enak dibuai mimpi, mimpi tengok konsert katy perry kat las vegas....tapi apesal part korus asik berulang-ulang??? naik menyampah den....

owh, rupa2nya itu ringtone henset mahal gua, ada kol daripada member baru gua....nama dia...jeng3...(nama=rahsia)

mula2 kol, dia xkasi salam...peh, baik punya adab kan???? gua dah hangen....tgh tido ada kutu rayau kol tgh malam buta, potong stim mencari keberkatan bulan puasa betul la....nama kutu rayau terpaksa dirahsiakan kerana dikhuatiri penulis bakal disantau...

rupa-rupanya perbualan kali ini( kali kedua) merupakan salam perkenalan versi gelak ketawa berbanding yang versi jahiliah dolu2....hahaha...aku dah mereng!!!

xabes gelak...kan ke aku dah kata jgn kaco aku time tido, lagi2 kalu tgh mlm, aku memang cepat blurrr....kepada mereka yang masih belum mengenali siapa aku yang sebenarnya... meh cheq nak gitau....

aku bukan la superman
aku juga bisa nangis
bila kekasih hati
pergi meninggalkan aku

ayahku selalu, berkata padaku...
laki-laki tak boleh nanges
..................

cait, gila poyos amek lagu the lucky laki...

owh....di entri ini, sempena nuzul quran ini juga, penulis yang cun melecun ingin memohon ampun kepada mereka yang pernah disakiti...dikasari secara aqli mahupun fi'li...auwww, mari berbahasa arab dengan ustaz zamri yang hensem...

okeh2, serius mode activated.............................

kepada kawan baru saya, saya minta maaf ye....ni tulus ikhlas ni minta maaf and ampun tau...
siap secara online lagi..,,oit kinah, kenapa minta maaf, apa dosa ko???antara kesalahan paling ketara ialah :
  1. tanpa soal selidik, aku letak status kawan baru ini sebagai repeater....oh, correction...dia bukan repeater, dia just extend!!!! maaf ye kawan sebab terlalu percayakan khabar angin.
  2. nama yang diletak dalam entri sebelum jua agak keterlaluan...dah la silap eja...mana la gua tau nama penuh, dah dpat dari orang lain pun memang ejaannya begitu....
  3. kutukan yang diberikan agak melampau....sape tak kenal aku?? kalo mgutuk xsah kalau xkaw2.
explanation di sini:

  1. ok, aku mengaku disini bahawa entri seblum ini agak melampau, tapi mana gua tau, orang di sana sengaja nak mengetest gua....xtau ke gua ni jenis menggelabah baik punya.
  2. semasa waktu kejadian, mood gua memang tak berapa baik, so bila ada orang yang test2 gua time ni, memang wrong timing la brader...wawawa....gua pon gelak bila baca balik...tapi itula...nama pon belog kan???? tempat mengepreskan rasa hati kan? kan? kan???
  3. ok2, harap kepada sesapa yang baca belog ini, sila jangan gelabah seperti empunya blog ye, anggap je entri seblum ni hnyalah entri berbentuk usikan manja...
so, saya dah minta maaf secara terbuka in this very blog, so no hard feelings ok!!!

ps: lain kali, jgn la usik i lebih2 tau....i kan cam scratchy cat....miauwww...gedix nak mampus, jentik telinga i, terus i cakar-cakar muka you...

lain kali jugak, kalau nak bergurau, gitaula awal2....

Friday, September 4, 2009

good bye sayang

lokasi : perkarangan lumayan Apartmen
watak utama: perempuan yang kecewa hatinya
lelaki yang mempermainkan hati wanita

time frame : 4pm-5pm
jurukamera : farah aainaa (olympus)

dari awal aku dah tahu sang lelaki sudah dimiliki, namun aku tak pernah berputus asa, apatah lagi beliau seringkali memberikan tindak balas yang positif. seringkali sang lelaki menaburkan kata-kata manis dan janji-janji palsu, namun si wanita yang lembut hatinya sentiasa terpedaya dgn aneka tipu daya.

hari demi hari, minggu berganti minggu seterusnya membawa ke satu hari yang pasti....
si wanita sudah tidak dapat menanggung beban di dada, minta untuk dilepaskan...tapi si lelaki mendakwa cinta kami masih boleh dipertahankan....namun persoalannya...sampai bila???

adegan drama sesi meluahkan perasaan adalah seperti berikut :
si wanita sudah tidak mahu dilukai, disakiti, dan diperdaya lagi....meminta penjelasan dan ingin membawa haluan sendiri...

situasi semakin tegang apabila sang lelaki tidak mahu memutuskan perhubungan tersebut. si wanita lantas tidak dapat menahan diri....langsung memalingkan wajah, atas dakwaan sudah tidak mampu melihat wajah lelaki tersebut...dan akhirnya....si wanita meninggalkan lelaki dengan ucapan , "selamat tinggal sayang! "


kredit to: farah aainaa....

edisi kurang pahala ramadhan #1

mood : agak terbakar jiwa

semalam dapat call dari seorang yang ingin digelar otai pancing ( azri kata, orang yang layan air masin memang gong sket, gong pada istilah terengganu adalah bodoh sombong), ya kanak-kanak belum akil baligh itu memang bodoh sombong. BUKTI??? dia poyo+kerek+perasan bagus+taknak kalah+berlagak= GONG aka BODOH SOMBONG TAHAP ORANG PIJAK KEPALA BINATANG SAMBIL BERTAKBIR!!!

OK, berbalik kepada orang yang bodoh sombong ini, nama dia agak mahmud june (bukan nama sebenar), dia tetiba call semalam and tanya soalan yang bukan-bukan pasal arena pemancingan ni. kononnya beliau ni nak test kalau-kalau aku ni memang terer bab-bab mancing. Lu pehal beb? ayat xleh blah plak kan, ni antara sms yang dikirim oleh beliau :

  • i masuk hutan and then cari lubuk, BEST!! ikan sume 1kg n above, nanti i tunjuk gambar kat u...n for the sea, kadang2 i lepak jeti port klang, klau ada rmai crew ktorang gi tgh laut. last week sewa boat g tgh laut.....
  • kitorang search for lubuk yg org tak penah pegi, sumtimes sesat dlm hutan, heheh, toman pun penah dapat kat bukit cherakah...ur crew berape orang??? blabla...boleh blah
  • i m from kedah, Langkawi is my playground, so i prefer air masin, bigger fish better fight...
see? what the steamboat yang dia nk kerek2? pastu nak kerek lak ngn pempuan lemah lembut macam aku ni...lu pehal? dah xder jantan lain ko nak kerek???

aku cam biasa la, adat org bijak pandai, semakin tunduk semakin berisi(peribahasa ape ek). aku diam je smbil cakap " owh, i xder la smpai camtu skali , memang minat mancing, tp bakat xderla besar sangat"...padahal dalam hati nak je ckap, " Wak lu, stakat 1kg tu aku xpandang la wei, crew aku paling kecik pun 3kg, amacam kelu lidah??? sepanjang aku lepak2 ngn pemancing2, xpernah lak aku dengar ada toman kat bukit cherakah shah alam?? bigger fish better size??? lu pkai joran pe??? aku ada dua mesin abu, ko ada berapa???

yang aku pantang skali, aku tnya, ada forum ke x? boleh dia ckap, "i x minat amek gmbar ni, dah terlalu bnyak ikan yang i dapat". tak boleh blah mamat hensem ni kan????

bila aku ckap aku pnah join grup ujang (si kartunis tu), dia boleh pulak ckap" i dah ada grup i sendri!"

kerek syialll.....gua xkesah la lu pndai mancing ke x??? ok set, after raya kita menduga di pulau ketam bersama2 okeh???
ada beran???
crew yang bakal menyaport aku ialah : azri, gope, kawan gope1, kawan gope2 dan roy berserta juwe.

gua dah terbakar, xsabar nak balik kampung pastu minta ilmu ngn en zaki siap2, pegi bomoh joran pastu get ready nak mancing.....takpe2, aku pun nak tgk jugak aku nyer kehebatan kat arena air masin ni camner...nak jugak kerek cam saltwater people.....

u, better watch n shut up okeh????

Tuesday, September 1, 2009

edisi sahur awal 4 jam...

  1. dunia memang luas, tapi gelap, sesak!!! aku nak bernafas....pegi jauh2 la u bladi smoker.
  2. duit memang banyak, tapi bukan aku punyer....
  3. ari ni aku kaya, tapi itu bukan waranti aku nak belanja kamu.
  4. esok aku miskin, ko pasti lari dari aku kan? kan? dan kan lagi!!!
  5. smalam aku posa, ari ni belum tentu lagi....demm!!!
  6. smlm aku pandu myvi kaler putih, ari ni honda ex5 kepunyaan scha....
  7. duit aku ada rm 13.16 je dalam akaun cimb, lagi RM47986.84 lagi nak cukup beli hyundai i10.
  8. aku dah bincang secara serius dgn laila, aku xnak bercinta, aku nak kawen je terus. aku ada cara, guna je cara sara dalam citer nur kasih.
  9. esok aku rasa aku kena present untuk research review, tapi aku tak buat ape pun.
  10. esok kelas aku pukul 930, maka aku harus tido....ASSALAMUALAIKUM
p/s: jgn main kepala lembu, itu kan tuhan mereka, kalu mereka pijak Quran, agak2 korang marah x???sekarang sila jawab, siapa yang ajar siapa untuk jadi biadab???

Monday, August 31, 2009

selamat hari merdeka!!!

rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan..by PM NAjib

kepala lembu dipijakkan..by immoral residents of Section 23, shah alam.

roti jala bazar ramadhan diratahkan...by anonymous....

MERDEKA!!!

maafkan saya para pejuang yang ke LONDON, para datuk moyang yang makan ubi rebus ketika era Jepun, para wira yang mati di medan perang demi tanah air...maafkan saya...sesungguhnya saya GAGAL untuk menghayati pengorbanan kalian. Pasti jua kalian sedih melihat generasi saya yang bongok ini....

Thursday, August 27, 2009

sesterian lagi.....

TARIKH : 29 ogos 2009
VENUE: taman tasik KLCC (tmpat berkumpul)
MASA: 5 petang
AKTIVITI: ceramah agama by Ustazah Sakinah, auwwww


berikut adalah senarai nama student sester yang blajar di sekitar KL dan Selangor:
  1. qieynah santekkk (uitm)-confirmed
  2. erni syahidah (uitm)-confirmed
  3. farhan(upnm)- gila pe xconfirm
  4. sepu upes(um)-confirmed
  5. zarikh(um)-confirmed
  6. maisarah(upm)-confirmed
  7. farah hanum(sunway)
  8. pooh(ukm)
  9. amir asyraf(uia)
  10. amirul(uitm)-
  11. roy aka lie (utp)-pending
  12. azri(MMU melaka beb)-confirmed
  13. tengku enink(ukm)-
  14. kad bad aka zathi(um)-pending
  15. ubai(uitm)-pending
  16. farah aaina (ipt cheras)-confirmed
  17. syazliana(hukm)
  18. juwe(utp)-pending
  19. jimi(utp)
  20. ily(upm)-not attending/blk kmpung
  21. lien langkawi(upm)
  22. mc leen(upm)-not attending/balik kampung lantas sedih xdpt join
  23. didiyana(msu)-confirmed
  24. azwani aziz(uitm)-confirmed

PS: if anything, just refer to me/pe'e!!!!

*ingat nak buat ala2 potluck gitu, mnarik x?
**semua individu dibenarkan membawa pasangan masing2 ataupun geng -geng anda sendiri,tetapi harap memaklumkan dahulu kepada saya dengan menghantar msej sebegini " hai, saya nak bawa kawan saya yang kebulur ni 7 orang, mereka sangat baik dan mampu menyesuaikan diri dengan kita semua".

Monday, August 24, 2009

diary ramadhan #3

sahur : kepedasan makan keropok sehingga mengganggu performance presentation di kelas sociolinguistic.

everything went well except for my micro teaching, i dont know what is wrong, i was so clumsy during my micro teaching, everything planned earlier were ruined in just a blink of eye. huh, my bad.

for guys ordering crocs, sorry if your size and color are not available, there are selling fast. So, from now on, the reservation is only limited for one day. after one day without payment, i will consider you are not interested.

so, skuad berbuka puasa telah berjaya menjelajah masjid unta, hidangan utama merupakan nasi lauk gulai ayam kunyit, sambal tempel ( sedap hingga tak malu 4 second round) dan sayur. walaupun skuad berbuka puasa hanya sempat berbuka di dalam kereta dek kelewatan untuk ke masjid unta, maklumla driver kereta asyik main pusing-pusing kawasan seksyen 18. bila dah sampai masjid, tok imam dah kasi salam akhir dah. haisy...Esok awal sket ye kawan2....

Sunday, August 23, 2009

diari ramadhan #2

sahur: twisties perasa kari paket kecil bergandingan air suam sejati.

semalam peeqa mengadu demam. kebetulan peeqa tinggal berseorangan di rumahnya, maka sebagai insan berhati mulia di bulan puasa yang barakah ini, maka aku menemani beliau. cuak juga kalau2 itu demam yang itu.......(haisy), nak order mc delivery buat sahur tapi dengan muka yakin aku cakap kat peeqa aku mampu bangun utk masak sahur. Nah, rasakan!!!!! makan twisties je ko...pedas lak tu....

hari ni kerja dari pkul 10am-5pm, abes je kerja terus bawa peeqa ke pusat kesihatan uitm, rupanya Pusat kesihatan berpuasa juga seperti muslim yang lain...tutup uolz. dah mengamuk aku kat pintu pusat tu. kemudian, terus menghala ke poliklinik shah alam, jam dah 615pm...ah redah aje....peeqa kena amek darah, tapi seperti biasa la, aku yang lebih-lebih tak tentu pasal depan doktor, kononnya jarum tak kena urat la..dah sedut tapi darah xkeluar la....ok sakinah, anda lebih daripada layak untuk jadi doktor.

pkul 710pm, terus decide nak makan kat kfc section 18, shrimp stix memang best, tapi tersangat la kecil berbanding dalam gambar. kemudian, macam segan nak singgah masjid sebab tak pakai tudung, maka singgah umah mek lin je kat akasia, maghrib kat sana smbil bincang-bincang ringkas dengan beliau tentang destinasi2 berbuka puasa yang best dan tiada bayaran, hasil perbincangan adalah seperti berikut :

  1. masjid unta section 18 - makan mewah ni...dari ayam pedas, gulai daging, buah2 yang best dan air yang sejuk dan nyaman.
  2. masjid negeri shah alam - ambil bubur lambuk bila abes kelas.....terus teringat tahun lepas, abes je kelas terus serbu masjid shah alam, amek bubur lambuk secara bundle. balik kolej agih2 kat kengkawan...ah rugi tak buat berniaga.
  3. masjid al hidayah section 17 - hidangan best ikut hari la....hurm, boleh la try.
  4. pusat islam uitm - hidangan percuma. ada tiga hidangan, sebelum solat maghrib n sesudah maghrib, dan moreh after terawikh.
  5. tunggu intec, uitm, ukm, upm, dan persatuan anak terengganu buat majlis berbuka puasa..hehe...
oh ya, masjid alhidayah....imam dia segak bergaya...maka sayangla buat kamu yang tidak ke sana. wawawa...nawaitu utama ofkos kerana ALLAH, usya imam sub nawaitu je....

malam ni tidur sorang je, harap2 dapat bangun awal.

*doa selepas terawih, semoga ditemukan jodoh yang baik, tapi Yet kata baik kalu berdoa agar dimurahkan rezeki....ngeh2...
**baru abes tengok Nur Kasih episod 13, wawawa, nak jadi kurus cam Tiz Zaqyah, nanti boleh berangan Remy Ishak aka Adam dukung....auwwwwww
***tak suka semayang tepi2 makcik yang suka pakai sejadah lebar2, pastu tak nak rapatkan saf. Kang kalu kata syaiton duk kat ruang saf tu, syaiton sume kena ikat..ai mak cik ni...marilah rapat dengan saya, saya kan pakai minyak wangi time smayang....

Saturday, August 22, 2009

diari ramadhan #1

sahur : megi plus telur berulamkan ikan kering dan keropok udang

makan megi pun nak cerita dalam belog, sunggoh tidak bertamadun manusia ini..bukan megi yang ingin dicanangkan, tapi.....pengalaman bangun pukul 445 am semata-mata untuk masak adalah pencapaian yang amat dibanggakan. mungkin anda tidak bangga, but i really do. lebih-lebih lagi hari ni baru dapat housemate, maka terasa sahur amat bermakna. tidur malam pun lebih lena.

sekarang sedang mencari tafsiran, apa maksud mimpi semalam, 'melihat semua orang dalam bus rapidkl membaca Al-Quran secara beramai-ramai. Sebagai ramalan awal, menganggap itu peringatan tuhan supaya mendekati kalamNya, maka mula lah tadi tergagap gagap, bukti lidah ini terlalu keras dan hati terlalu jauh denganNya. tetiba terasa sebak, maka sempat baca 3 muka surat je walaupon aim nak baca 4 muka surat setiap kali lepas solat. haisy!!! banyak alasan betol.
selamat puasa semua, ya!!! oh ya, jangan lupa pasal tafsiran tu ye, kalau tahu, share la ye. Pahala double tau bulan puasa ni.

*Alfatihah buat Ayah Li di Jerantut yang telah pun meninggal dunia dalam tidur semalam. xsempat arwah nak menyambut ramadhan kali ni. semoga keluarga mak cik Ti tabah menghadapi dugaan.

nawaitu saumaradhin an ada'i fi shahri ramadhani hazihissanatin lillahi taala



sorry uolz, anggaplah yang ini untuk tahun ini...selamat beribadat kawan2...
selamat tinggal syaithonnnnnn!!!!

Wednesday, August 19, 2009

get your crocss here bebeb

assalamualaikum wbt....

to: kakak2
abang2
adik2
pakcik2
makcik2

tajuk : mari membeli kasut yang murah lagi asli


~~alkisah kasut datang dari kilang, tidak melalui proses branding kat malaysia. maka harganya adalah murah. lebih banyak anda membeli, lagi besar penjimatannya.

~~owh ya, ini semua original okeh, wang akan dikembalikan sekiranya terdapat unsur-unsur ketidak aslian pada produk yang diterima.

~~semua order, hendakla melalui saya sahaja, secara online di YM (dwazzly_shining@yahoo.com, GTALK(qieynah@gmail.com), FACEBOOK, mahupun FRIENDSTER. (saya tidak canggih untuk mempunyai myspace)

~~harga yang dipamerkan di FACEBOOK adalah harga kasut sahaja, tidak termasuk dengan caj penghantaran, COD ataupun bayaran tunai ketika penerimaan hanya sah bagi kawasan lembah klang (shah alam, puchong, subang dan sikit2 kawasan cheras) sahaja. oh ya, kepong pun saya boleh hantar juga. bagi kawasan negeri terengganu, terhad kepada kawasan setiu, bukit payung, chendering dan kuala terengganu sahaja.(itupun sekitar cuti hari raya ye sayang)

~~ caj penghantaran adalah seperti berikut : sem malaysia 6 henggit
sabah dan sarawak 10 henggit

~~pesanan penaja, beli banyak, jimat pun banyak sebab caj penghantaran adalah sama.

~~ ok, pembayaran boleh dibuat melalui akaun NUR SAKINAH BINTI MAT ZAKI
1. maybank/maybank2u - 163019300911
2. cimb islamik- 12220001048209
3. alliance - 130120010035600

~~oklah, marilah kita mengcrocskan diri kita semua ye. sekian terima kasih

kalu tak dapat jadi hero pun tak ape!!!

ingat tak masa kecik-kecik, masa tadika muda trang tang tang? ingat tak cikgu mesti tanya "nana, awak nak jadi apa bila besar?" aku konpem jawab "saya nak jadi pilot, cikgu tahu tak umi kata pilot untuk orang pandai-pandai je, kalau tak pandai nanti kena jadi tukang sapu sampah". sunggoh innocent tatkala menjawab soalan cikgu. Nama cikgu tadika dulu ialah YM Tengku Zubaidah. Panggil cikgu bedah je. Dah tua dia sekarang.

Masa kecik-kecik selalu pikir yang pilot la control the plane atau jet, sebab tu boleh serang raksasa atau dinosour. memang teringin nak jadi hero.

15 tahun kemudian.....

ada aku kesah kalu malaysia kena serang ngan raksasa? kalau aku kesah pun, apa je aku boleh buat? setakat jadi student tesl, tak banyak sumbangan aku dalam masyarakat, jadi bahan kutukan adalah. Student tesl selalu dikaitkan dengan salah laku, spoil brat dan mengada-ngada. hurm....betul ke tak, Wallahualam..

tadi aku tertidur, langsung bermimpi bahawa aku adalah penyebar virus, lebih kurang H1n1 jgak la sebab ia boleh mengakibatkan kematian. Namun virus ini lebih suci sebab ia hanya menyerang mereka yang mempunyai hati yang busuk dan jahat seperti Prof Klon. Eh, cakap pasal prof klon, tadi acad datang kelas pakai mask, then match it with alternative glasses, memang sebijik Prof Klon, tapi versi tanned.

Lepas aku terjaga dari tidur, aku pon apply critical thinking skill aku, sebenarnya menyebar virus sebegini lebih hebat daripada menjadi hero. prevention better than cure. tak payah dah kerajaan nak perabih duit gaji polis yang belum tentu lagi nak setia pada negara.

apa aku merapu? lu pikir la sendiri....bluekkkk

Tuesday, August 18, 2009

Andai aku pandai menyanyi
tua muda miskin dan kaya
tentu suasana gembira
mendengar suara merdu
bagai buluh perindu
banyak orang rindu


Ku menghibur hati duka
Hilang nestapa datang suka
Bintang di balik awan senyum...
Lalala... Lalala...

kenduri kawen ...sila datang

usai je akad nikah, terus aku salam dia. dalam sekelip mata, status aku dah berubah. aku dah jadi isteri orang.Maaf buat semua teman yang mana tidak dijemput, jangan risau sebab pasti akan majlis resepsi. semua masih dalam perancangan. abah kata utamakan yang penting dulu. nanti bila kami dah ready, aku dah abes exam semua, boleh la nak buat majlis resepsi kat hotel boulevard tu. maka, korang memang xder alasan untuk tidak datang tau.

erm, untuk majlis pernikahan ni, kami pilih pkaian serba putih rekaan den wahab. Baju kurung ni memang aku dah aim sejak aku mula-mula sampai shah alam lagi, masa first time masuk SACC mall. untuk kenduri nikah ni saje, abah jemput saudara2 terdekat je, sebab short notice la katakan. sang suami pulak busy asek ulang alik ke jordan. My husband btw banyak buat kerja outstation, so no prob la for me as i am a student. tak banyak sangat komitmen kena hadap hari-hari.

jeng jeng jeng....ni bab malam pertama, ni yang buat aku syok ni....nak cerita ke tak ek?? oleh kerana kepenatan, aku memilih untuk terus tidor selepas solat maghrib dengan harapan dapat la aku bangun dalam tengah malam. aku siap pesan lagi kat sang suami supaya kejutkan aku untuk bangun nanti...so, aku pun terus terlena dibuai mimpi

nak tau apa nama sang suami????

esok la aku citer, janji majlis resepsi aku nanti datang tau!!!

Monday, August 17, 2009

lain kali bagitau la awal-awal kalu nak kensel kelas

sociolinguistic- 1130-1330
curriculum and instruction -1410-1600
creative writing-1600-1850

kelas sangat packed, maka bercadang untuk berpuasa supaya xperlu runsing nak fikir mana nak lucnh, nak kejar zohor lagi. Muka dah senyum menanti keindahan wajah hari isnin. hanya menunggu debaran utk presentation socio.

tapi satu demi satu kelas diumumkan kensel tatkala berada di tesl square. rase nak bom je intec tu. kalau bagitau awal, tak perlu la aku standby di shah alam. Kak long convo kat utm skudai ari ni. nyesal xikut. sedih.....dah la ni fisrt graduation lam famili. sakit ati dan kacip sungguh.

frust, balik umah. terus off handfon, dan tido. konon tanda protes.

lain kali kalu nak jadi lecturer, alert sket ngn jadual hidup, pastu kan ada class rep, inform jela. tu pun nak kena ajar ke??? kang aku dah kuang ajar di sini.

hey jantan, kalu berani sila mara ke depan

hari ni saje aku dapat 2 anonymous comments dari dua orang lelaki, kesemua komen diberikan berdasarkan entri aku mengenai masjid.

lelaki pertama komen sebab tudung aku singkat, "baik xpayah pakai tudung katanya". baru aku sedar bahawa memakai tudung singkat adalah lebih baik daripada langsung tidak bertudung. baiklah, aku tak nak salahkan sesiapa dalam hal ini. mungkin dia tak suka tudung aku yang murah itu. RM3 dibeli di jalan TAR. aku jawab balik, "terima kasih sebab tegur, awak cukup solat tak nak tegur saya?" kemudian dia terus marah serta memaki hamun. (komen adalah melalui ym)

lelaki kedua langsung tak ada salam or kata- kata hangat. terus " hey pompuan bermulot longkang, ko muka pecah rumah......."tak sanggup mak dengar ayat tu. ni kalu face to face, menangis aku time tu jugak.

oh ye ada tambahan komen, nampak tak kat shoutbox tu ada komen dari 'saya budak sekolah agama'? budak sekolah agama ni sangatla 'berhemah' kan??? agak tidak molek la cara dia nak menegur. ustaz kat sekolah agama dia tak ajar ke berdakwah perlulah secara berhemah??? Dakwah yang sempurna adalah dakwah yang langsung tidak melibatkan perasaan seseorang, haruslah didahului dengan akhlak yang baik untuk dicontohi dan berbaik sangka terhadap orang yang hendak didakwah. (Ini ustaz Ismail yang cakap)

ni, mai suma orang, cheq nak habaq sket, korang ni sekolah sampai darjah berapa ek sume???
gerang aku tengok set2 jatang bengong ni koya imang tebal di dada, tapi haktui!!!
den memang bukan budak baik, tapi eden pun tau apa itu mahmudah n mazmumah.
bodo la set jate gini, kalu set mu nk tnjuk gedebe sangat, g la jadi set jahak mace nordin mat top. kononnya nak berjihad di landasan yang benar, tapi orang sebegini la yang membusukkan nama Islam. ~~~hambek, kan dah kuar bahasa perpaduan...

*dahla masuk belog orang suka suki xbagi salam, pastu main serang je...baik punya strategi.
**kalu betul2 ikhlas, knapa tak tinggalkan je nama ke no fon ke, email ke....at least aku tau korang memang berniat baik.
***rupanya aku lupa, sekarang memang dah tak ramai lelaki gentleman, ramai yang loser. yang gentle either taken or gay kan?

Sunday, August 16, 2009

Majlis berbuka puasa bersama yang tersayang

betul kata orang, pagi yang cerah, terang benderang, belum tentu menjanjikan keindahan cuaca yang berpanjangan. bangun pagi, terasa amat dirahmati dengan cuaca yang cerah, sedikit panas sudah mampu menceriakan. Maka banyak aktiviti diatur kemas dan rapi dalam kepala. kalau ikut plan, tengahari nak pegi makan kat subang bersama rakan di sana. Dengar cerita, Strawberry Field (nama restoran) tengah buat promosi besar-besaran sempena bulan puasa yang bakal menjelma.

dah nama pon perancangan, kalau tidak diizinkan Tuhan, tetap ia sekadar perancangan. tepat pukul 2, hujan turun mencurah-curah diikuti guruh dan kilat berpung pang pung pang. perancangannya adalah lunch di subang, tapi implementasinya ialah tidur di bawah selimut bercorak harimau bintang.

kemudian, text semua rakan. "hai, plan is cancelled, maka aku ucapkan selamat berbuka puasa di samping yang tersayang". motif puasa hari ahad???

baiklah, kembali ke alam mimpi yang sangat syok.

aTTen.................Tion!!!!*bace macam arahan komander stanley

"University Teknologi MARA remains open and is operating on a regular schedule. All classes are in session and students, faculty and staff are expected to report for work as normal. The mid-semester and final examinations will also proceed as planned. Students are urged not to listen to rumours and if in doubt, to refer to the university website which is the primary source for announcements on university affairs."

Saturday, August 15, 2009

mari mengurus masjid....

carila mana-mana anak dara yang sanggup bangun awal pagi di hari sabtu semata-mata nak uruskan masjid, jumpa???? tak jumpa bukan??? jangan terkejut jika yang bangkit seawal sebelum matahri terbit merupakan saudari penulis yang anggun lagi ayu. Afiqah di waktu kejadian masih lagi diulit mimpi walaupun beliau mempunya moot workshop utk subjek unlawful law, sesungguhnya afiqah merupakan produk gagal...*gila bongkak..astaghfirullah. Sifat bongkak merupakan sifat terkeji pernah ada dalam sejarah ketamadunan manusia, sifat bongkak hanya layak untuk DIA yang satu. Dia yang melebihi segala-galanya.

tahukah anda, pada tiap-tiap pagi sabtu, akan kelihatan saya di kampus utama uitm shah alam kerana menghadiri kelas pengurusan masjid. Ana fauziana bertanya, mengapa mesti masjid? Saya juga tidak mengerti mengapa harus saya mengahadiri kelas sebegini, walhal masih banyak aktiviti yang boleh saya lakukan di tiap-tiap pagi sabtu seperti tidur sehingga waktu zuhur pun terlepas.

oh ya, apa yang mampu saya coretkan ( perhatian, coret adalah tulis), di sini ialah, kelas ini sangat menarik walaupun pengisian kelas hanya diisi oleh ceramah agama oleh ustaz ismail. 100% ceramah tau, langsung tak de q&a session. According to methodology of teaching, the major diasdvatage of rote learning (lecture) is the student centered based which is not so effective to the students as they can not talk or react during the lesson. TETAPI, cara penyampaian yang bersahaja oleh Ustaz Ismail (langsung xder unsur lawak tau, sangat serius- dengan loghat kedah yang amat pekat), sangat menarik minat saya. langsung tiada unsur mengantuk di dalam kelas.

hari ni, saya belajar peranan imam dan bilal di dalam masjid. pastu pengurusan masjid untuk penyediaan solat jumaat. woh, lelaki muslim, baligh, dan berakal wajib solat jumaat. tetapi saya dapat merasakan bahawa afnan terkecuali dalam golongan ini. saya juga telah membuat kesimpulan awak (hipotesis) bahawa lelaki yang tidak bersolat jumaat adalah tidak berakal. *tsk

awak tau tak? tabung masjid as syakirin kat klcc tu mampu mengumpul derma sebanyak RM200K semingggu, diulang...seminggu!!! itu belum dikira mereka yang menderma menggunakan kad kredit ataupun swap atm kad.(serius kagum dengan kecanggihan ini-agak2 sape ek derma masjid swap kad atm???), menurut data juga, masjid di kampung baru juga mengumpul lebih RM20K sebulan...stndard la kan sebulan. Itu belum masjid UiTM. UiTM ada di setiap negeri, maka darabla wei. Tabung masjid UiTM adalah di antara penyumbang terbesar dalam Lembaga Zakat Selangor. Weh2, tiba-tiba gelap mata cakap pasal duit. Kacing!!! Moralnya, marilah menderma di masjid. jangan derma di jalanan.!!!

awak tau tak, keluhuran sesebuah masjid bermulla dari imam. cacat imam, cacat masjid. belum sebut kecacatan yang bakal dialami oleh jemaah masjid itu sendiri lagi. Maka, kita seharusnya bijak dalam memilih siapa imam kita, jangan berebut nak jadi imam, tapi ber'imam'lah dengan mereka yang berhikmah. *wauw....

akhirul kalam...tatapla saya sebelum tutup page ini..
wajah suci bebas mekas baru balik kelas masjid dan tak sabar nak upload dalam belog-sungguh keji

*dalam kelas pengurusan masjid, tidak digalakkan bermekap secara keterlaluan
**tudung saya adalah paling singkat dalam kelas, tolong bagi dana nak beli tudung labuh
***kaum hawa seperti tertindas, langsung tak boleh nak bersuara, tapi saya peduli apa, suara saya kuat seperti harimau, duduk kat belakang pun selamba je bergurau ngan ustaz. tapi ustaz macam blurrr...erkkk
****nanti saya kena present adab ketika di masjid.


nur kasih

any idea cam ner aku nak tekel remy ishak yg hensem, macho dan beriman...n lil bit tempered...sexy, juz gitau aku...

benci tiz zaqyah.

lambatnya jumaat minggu depan......

Friday, August 14, 2009

pagi yang gelap, kini sudah terang...sape adikku???

630 am- hot n cold ringtone berkumandang tanda waktu subuh sudah hampir tamat. maka bersolat subuh dengan kekurangan bacaan doa qunut.

659 am- membuka email2 yang dikirim rakan nun jauh disana. stakat buka email pagi2 biasa la kan, xpatut diceritakan pon sebenarnya, namun ada satu yang menarik minat tatkala retina mata mengesan tajuk email. mari tgk email ini (forwarded message)


From: rumuoldo tarabas <…@yahoo.com>
Subject: petua
Date: Wednesday, August 5, 2009, 6:47 PM
Salam..... sy baru balik dari thailand. sy ke pulau temelang dan ban tun. apa yang sy nak kongsi ialah cara mereka mengubati penyakit selsema babi.
bahan2nya adalah

1. air kelapa
2. kurma
3. mangkuk

cara2nya

1. masukkan kurma ke dalam mangkuk
2. tuang air kelapa
3. biar sejam dua
4. minum air kelapa bersama makan kurma

tq,

~~ dalam hati terdetik satu soalan, buleh pakai ke????

~~~ada doktor x kat sini??? mana hafiz adam??? jawab plz!!! fariha???

Thursday, August 13, 2009

girls knocked out!!!

mood : mood terindah di saat terindah
lokasi : jusco bukit tinggi, klang
crew : yuslina, michelle, qieynah and fauziana

tujuan : menghadap sushi king but ended up sakae sushi instead!!!pretending enjoying the food, pdahal sume dah full
sumpah rase dia aneh gila...raw sotong ni...not recommended for malay tongue
ha, yang ni highly recommended...sangat sodap den suko!!!

ana n me, xleh kalu xbergambar
dan juga tak sah kalu tiada adegan suap menyuap
muka tak puas hati tiada waiter melayu yang hensem!!!
burp!!! sume dah kenyang...maka sesi bergambar dan membuli waiter berbangsa asing bermula!!! dalam mangkuk di hadapan penulis ialah gyu don ........samting2!! *4got the name


* pada waktu kejadian, di lokasi yang berbeza..terdapat upacara amanat dekan di dewan INTEC, terpaksa melarikan diri supaya tidak tercalon menjadi sekretariat fakulti mahupun majlis perwakilan perlajar...*auwwwwww
**di waktu kejadian juga merupakan waktu di mana penulis termiss untuk menyanyikan lagu UiTM di Hatiku dan Kami Guru Malaysia.....
***di waktu kejadian juga, penulis tidak berkesempatan mengusya pelajar-pelajar lelaki Dip Perguruan Lepasan Ijazah


Tuesday, August 11, 2009

lelaki-abah-lelaki

lokasi : di luar kawasan Kuala Terengganu Specialist
Situasi : menunggu ketibaan firdaus dan rakan2 dari membuat ujian darah
cuaca : panas seperti berada di papua new guinea

dari awal perbualan aku ngan abah, aku sudah dapat merasakan kelainan dari aura suaranya, abah seperti tidak berpuas hati dengan tindak-tanduk firdaus yang sering berpoya-poya dengan rakan-rakan perempuannya. Aku juga merestui tindakan abah itu dengan menokok tambah bahawa firdaus terlalu muda untuk berbicara tentang wanita. lelaki seusia 19 tahun seharusnya lebih memfokuskan kepada pendidikan dan kerjaya berbanding wanita.

tetapi, abah tetap abah.....membandingkan aku dengan firdaus agak melampau bagi aku

Abah : perangai korang sama je....yang laki suka bawa balik pempuan, yang perempuan sorang ni asek berkepit ngan kaum jantan je. abah xpernah kenal lagi kawan2 perempuan angah...ko xder kawan perempuan ke? selain fariha yang duk india sinun????

huh....lotih den nak mikir....den ado jo kawan pempuan, tapi itula......den lagi suko berkepit ngan jantan, apo nak dikato??? kawan-kawan den sumo laki, dari zaman den mulo2 kenal apa itu jeram lagi den dah ada koleksi boifren....

sekarang den dah bosar, lagi bosar dari adik den yang laki tu, den pon ramai kawan laki, tapi den tetap gagal, xder satu pun yang agak intim....(intimkan ayat yang sesuai??)

ok-ok...walaupun mukadimah di atas tidak kelihatan relevan, akan tetapi tujuan entri ini ditulis sebenarnya ingin menunjukkan kepada anda semua bahawa pencarian calon suami kepada diri saya sendiri telah bermula. ini ekoran daripada tindakan abah untuk menjodohkan saya dengan anak kawan beliau yang agak tidak saya gemari itu. Sungguh tidak menggemari lelaki itu sehingga saya kelihatan desperate meletakkan entri maha keji ini ......weh, sape dapat cari boifren kat aku, aku sponsor pinggan mangkuk untuk korang time wedding korang nanti....
aku letak gambar ni supaya sejuk para mata memandang!!!
-bullshit-
sekian sahaja entri maha bodoh ini....

ps: kepada fariha, silakan gelak!!!! aku dah xder idea ni...butuh idea bangat!

Monday, August 10, 2009

kaca-pecah-berderai

satu soalan bermain di minda:

akan sempurnakah kaca yang dicantum?

teknologi dah canggih....

mampukah menghilangkan noda yang ada??

duit dah banyak dalam poket

boleh belikah masa muda yang lalu???

waktu sedang lapang...

mampukah dimanfaatkan untuk yang sepatutnya????

perut sudah kenyang...

bila lagi nak tido sakinah ooooiiii????????

Thursday, August 6, 2009

jembalang air

mood : undescribed

arakian dato' sri sakinah mat zaki mengekol mat ajiz lis sukun, sebanyak beberapa riban kali kerana kesemua panggilan dato' sri disambung sepenuhnya kepada perempuan simpanan mat ajiz..."this is the voicemail for the number..blabla...lahanat....

ok, fed up ngan ajiz....

beberapa jam sebelum entri ditulis, panggilan daripada ajiz muncul di paparan skrin dato' sri

rupa-rupanya kedua2 henset canggih beliau dimasuki air, mungkin terkena badi suke memancing, atau mungkin disergah hantu air ketika beliau memancing di pulau sembilan....
itulah pdahnya kerana tidak menjemput dato sri bila memancing....

aku benci azri bila bliau memancing dan melupakan aku sepenuhnya....setan mu ajiz...!!!

dato' sri akhiri entri ini dengan ucapan padan muka ajiz sebab talipon masuk air, Assalamualaikum!!!!

Thursday, July 23, 2009

H1N1 catat 44 lagi kes baru

KUALA LUMPUR 22 Julai - Sebanyak 44 lagi kes baru selesema babi atau influenza A (H1N1) dikesan di seluruh negara hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican, angka itu menjadikan jumlah terkumpul kes H1N1 di seluruh negara yang disahkan sehingga kini adalah sebanyak 921 kes.

"Hanya dua pesakit yang dirawat di hospital manakala baki kes dirawat sebagai pesakit luar dengan rawatan simptomatik," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, daripada kesemua jumlah kes baru itu, 41 kes berpunca daripada jangkitan tempatan manakala tiga lagi merupakan kes import iaitu daripada Brunei.

Beliau berkata, daripada kes tempatan yang dilaporkan itu, 38 kes melibatkan pelajar dan kakitangan beberapa buah institut pengajian tinggi, sekolah dan sebuah maktab manakala baki adalah kes terpencil.

Katanya, kesemuanya melibatkan lapan kes yang dilaporkan positif H1N1 di Kolej Winfield International dan 10 kes di Sekolah Menengah Kebangsaan Kubong, Sarawak.

Tujuh kes baru juga dilaporkan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Maktab Tentera Diraja Malaysia (MTD) Sungai Besi.

"Sementara tiga lagi kes positif H1N1 dilaporkan berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban 2, Negeri Sembilan manakala 10 kes dikesan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang," katanya.

Mohd. Ismail berkata, sebanyak 909 pesakit yang disahkan positif H1N1 sebelum ini telah pun sembuh manakala empat lagi masih dirawat sebagai pesakit luar di rumah masing-masing.

Katanya, sehingga setakat ini tiada kematian dilaporkan berlaku berikutan penularan H1N1 di negara ini.

Menurutnya juga, sehingga semalam, pandemik H1N1 telah melanda 158 buah negara dengan melibatkan 143,726 kes dengan 812 kematian.



wei, korang tak takut ke? mak pun kena selesema, tapi doktor cakap baik punya selesema...tapi mak tetap jugak bimbang...parents mak kat kampung pon dah berkali-kali kol suh pegi double check kat tempat lain...uolz tau la kadang-kadang doktor terlepas pandang perkara remeh begini....ok la...kembali ke seri pentas