siapakah guru?

mereka yang mampu merubah fikiran orang lain tanpa perlu paksaan.

Sunday, August 23, 2009

diari ramadhan #2

sahur: twisties perasa kari paket kecil bergandingan air suam sejati.

semalam peeqa mengadu demam. kebetulan peeqa tinggal berseorangan di rumahnya, maka sebagai insan berhati mulia di bulan puasa yang barakah ini, maka aku menemani beliau. cuak juga kalau2 itu demam yang itu.......(haisy), nak order mc delivery buat sahur tapi dengan muka yakin aku cakap kat peeqa aku mampu bangun utk masak sahur. Nah, rasakan!!!!! makan twisties je ko...pedas lak tu....

hari ni kerja dari pkul 10am-5pm, abes je kerja terus bawa peeqa ke pusat kesihatan uitm, rupanya Pusat kesihatan berpuasa juga seperti muslim yang lain...tutup uolz. dah mengamuk aku kat pintu pusat tu. kemudian, terus menghala ke poliklinik shah alam, jam dah 615pm...ah redah aje....peeqa kena amek darah, tapi seperti biasa la, aku yang lebih-lebih tak tentu pasal depan doktor, kononnya jarum tak kena urat la..dah sedut tapi darah xkeluar la....ok sakinah, anda lebih daripada layak untuk jadi doktor.

pkul 710pm, terus decide nak makan kat kfc section 18, shrimp stix memang best, tapi tersangat la kecil berbanding dalam gambar. kemudian, macam segan nak singgah masjid sebab tak pakai tudung, maka singgah umah mek lin je kat akasia, maghrib kat sana smbil bincang-bincang ringkas dengan beliau tentang destinasi2 berbuka puasa yang best dan tiada bayaran, hasil perbincangan adalah seperti berikut :

  1. masjid unta section 18 - makan mewah ni...dari ayam pedas, gulai daging, buah2 yang best dan air yang sejuk dan nyaman.
  2. masjid negeri shah alam - ambil bubur lambuk bila abes kelas.....terus teringat tahun lepas, abes je kelas terus serbu masjid shah alam, amek bubur lambuk secara bundle. balik kolej agih2 kat kengkawan...ah rugi tak buat berniaga.
  3. masjid al hidayah section 17 - hidangan best ikut hari la....hurm, boleh la try.
  4. pusat islam uitm - hidangan percuma. ada tiga hidangan, sebelum solat maghrib n sesudah maghrib, dan moreh after terawikh.
  5. tunggu intec, uitm, ukm, upm, dan persatuan anak terengganu buat majlis berbuka puasa..hehe...
oh ya, masjid alhidayah....imam dia segak bergaya...maka sayangla buat kamu yang tidak ke sana. wawawa...nawaitu utama ofkos kerana ALLAH, usya imam sub nawaitu je....

malam ni tidur sorang je, harap2 dapat bangun awal.

*doa selepas terawih, semoga ditemukan jodoh yang baik, tapi Yet kata baik kalu berdoa agar dimurahkan rezeki....ngeh2...
**baru abes tengok Nur Kasih episod 13, wawawa, nak jadi kurus cam Tiz Zaqyah, nanti boleh berangan Remy Ishak aka Adam dukung....auwwwwww
***tak suka semayang tepi2 makcik yang suka pakai sejadah lebar2, pastu tak nak rapatkan saf. Kang kalu kata syaiton duk kat ruang saf tu, syaiton sume kena ikat..ai mak cik ni...marilah rapat dengan saya, saya kan pakai minyak wangi time smayang....

2 comments:

p.a.n.a ★ ใกใ‚ƒใ‚“ said...

oi oi kina..
maneley jual bubur yg da disedekahkan kepada para muslim..
riba tu..

makcik2 tanak rapatkan saf sbb syg sejadah mereka yg lebar2 tu..
kang org laen yg diri kat situ, lepas abes tawarih ilang dipndagna mata die..
eh tak..ak tak sokong macik2 tu..
tp..sejadah masjid kan ade..

qieynah said...

pana mera pana...
mana ada aku jual...hhehee, niat je...jauhi riba!!!

makcik tu nak tunjuk sejadah dia beli kat morocco. maklumla sejadah aku beli kat mydin je, tu pun made in china.