betul kata orang, pagi yang cerah, terang benderang, belum tentu menjanjikan keindahan cuaca yang berpanjangan. bangun pagi, terasa amat dirahmati dengan cuaca yang cerah, sedikit panas sudah mampu menceriakan. Maka banyak aktiviti diatur kemas dan rapi dalam kepala. kalau ikut plan, tengahari nak pegi makan kat subang bersama rakan di sana. Dengar cerita, Strawberry Field (nama restoran) tengah buat promosi besar-besaran sempena bulan puasa yang bakal menjelma.
dah nama pon perancangan, kalau tidak diizinkan Tuhan, tetap ia sekadar perancangan. tepat pukul 2, hujan turun mencurah-curah diikuti guruh dan kilat berpung pang pung pang. perancangannya adalah lunch di subang, tapi implementasinya ialah tidur di bawah selimut bercorak harimau bintang.
kemudian, text semua rakan. "hai, plan is cancelled, maka aku ucapkan selamat berbuka puasa di samping yang tersayang". motif puasa hari ahad???
baiklah, kembali ke alam mimpi yang sangat syok.
siapakah guru?
mereka yang mampu merubah fikiran orang lain tanpa perlu paksaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment