siapakah guru?

mereka yang mampu merubah fikiran orang lain tanpa perlu paksaan.

Tuesday, October 27, 2009

cinta sampai mati!

jiwa bergolak nak . citer 'papadom'
sape yang ajak aku tengok citer ni, sumpah aku akan cinta sampai mati!

ape kes tgk movie sensorang! aku nk beramai2...tp berdua lebih baik
sebab ada bab2 sedey kan? so aku buleh belakon buat2 tersentuh lalu tersentuh bahu dan tersentuh errr...errrr....tersentuh hati!

ya, ajak la aku nunton 'papadom' wei.

Saturday, October 24, 2009

kehidupan pelajar yang terlampau

mood: resah gelisah bila mendengar namamu!!

assignment to be submitted before 430 pm 23 oktober 2009.
  1. research proposal
  2. reading test evaluation
  3. portfolio curriculum and instruction
and seperti biasa, menjalani kehidupan seorang nur sakinah, kesemu assignment haruslah disiapkan last minute. bangun tido pukul 645, usai subuh haruslah menyembah tilam nan satu....
bangun balik pukul 830 dan besiap ala kadar utk ke kelas terakhir bersama madam shiha-caution uolz!!! jangan cari pasal....and aku recommend jgn masuk kelas beliau next sem kalu nak hidup bahagia dengan procrastination and problematic attitude.

dan selesai kelas barulah start nak cari bahan utk buat reading test evaluation yang kena analyze 40 soalan bahasa inggeris pmr yang tak best tuh - done at 315 pm.

break sebentar dengan dominos, buat home delivery yang akhirnya end up hntar lambat sebab bumi shah alam asyik menangis...maka dapat voucher pizza percuma. seronak di situ!!!

345, bermula agenda mengumpul maklumat utk research proposal, kononnya inila tajuk tesis yang bakal digunakan di akhir pembelajaran sebelum memeluk sehelai ijazah...ijazah uitm tak bergulung ye!!! gulong2 ni standard adik2 tadika kemas je tau. 515 pm , assignment done...

530 bergerak dengan penuh keyakinan ke fakulti untuk submit assignment yang masing-masing bercover paper kaler orange. Result harusla flying color kan???? Amin....

Menuju ke Akasia untuk membakar aka burn the cd utk portfolio sebelum dihantar ke respective lecturer Dr Nabila-the only lecturer yang paling sempoi walaupun sangat sarcastic terhadap makhluk-makhluk bermasalah seperti penulis.

730 pm- semua dah setel dan i am now declaring myself free from the asses...

~~~~~~~~~~~~~kehidupan tanpa assignment sangat boring~~~~~~~~

pukul 8 kol abah;

abah: kamu sehat?

budak boring : haruslah sehat, kalau sakit konpem tak larat nak kol ni.

abah: kamu makin gemuk ke?

budak boring : abah tu buncit tak ingat!!!! *smbil dah terasa ati

abah: at least dah ada anak 5 baru gemuk, tanda bahagia.

budak boring: ala, orang pun bahagia kalo takder abah!

tup..............line terputus.....kemudian cubaan beliau utk memujukku tidak berjaya atas alasan kononnya aku nak solat isya', maklumlah isya' dah awal skarang! dah xleh nak maghrib pukul 8 5 minit dah skarang!

boring lagi.......

godek2 akaun muka buku then zafi texted ajak minum2....dah teruja nih, skali dia nak tunggu nur kasih habis....huh!!!!!!!! oh adam!

pukul 10 baru dorang (brobear, zafi, aziz) smpai ke rumah...then amek mimi n yet..terus memecut ke sunway dengan harapan nak nunton 'papadom'...dengar cerita, movie ni quite a blast..haisy makin tak sabar nak tengok.
Sekali bila dah sampai kat sunway punye cinema, wallaweh ramai la plak orang...and nampaklah movie 'papadom' ni pukul 11 and 1120...kami semua decided nak beli yang pukul 1120 sebab bro bear lapar katanya....beratur punya beratur, sekali tiket yang pukul 1120 tu dah abes. maka terpaksalah pilih 'papadom' yang pukul 11 punye...sekali...



ambek ko! sekali pandorum daa!!! kesilapan teknikal ketika membaca skrin tv apabila teruja!

~sebab masing-masing teruja nak nunton 'papadom' by Afdlin Shauki, maka kami hanya mampu menghayun langkah menuju ke kedai makan berhampiran- apa lagi restoran Sri Bidara kesayangan sayala....makan, makan, dan makan!!! tensen sebab tak dapat tengok movie.tsk!

Cubala tengok trailer 'parondum' ni, macam best sebab ia filem omputeh! *general statement! tapi macam disturbing je, so malas nak tengok. Ai kan suka tengok movie yang lyte lyte je, mcm movie komedi cintan cintan....baru release tension namanya!

sampai umah, godek muka buku dan belog yang bersawang...then terus mau tido....bismikallahu Ahya Wa'amut...



Tuesday, October 20, 2009

menghadapi ASSignment!

menghadap ilmu
aku niat sebagai jihad
celakalah perasaan itu
lawan, terus lawan

namun terus tewas
damn!
aku mengantuk!!!

Saturday, October 17, 2009

sebab ramai orang berbuat hal yang sama....

maka aku jua akan join komuniti yang mengganyang 'Yate Pettgrew'

sbb nama dia bunyi oversea, aku letak gmbar yg ada efek minah salleh sket!

siapa beliau?? merupakan seorang pensyarah yang disayangi ramai di awal-awal semester kerana dedikasi membatalkan kelas tanpa menggantikannya dan membuat aku jatuh cinta dengan subjek creative writing walaupun aku amat membenci sastera.

ingat lagi pasal aku ckap, aku minat subjek creative writing??? ingat??? kalu xingat kelik kat sini..., dan sini...dan sini lagi.....

kenapa dia dibenci di akhir-akhir sem??? kerana setelah mengambil semua assignments, dia menghilangkan diri tanpa khabar berita....bukan setakat students xboleh nak contact dia, siap ngn semua lecturer pun masih belum mampu menjejaki dia...hilangkah??? perlu repot polis lapor kehilangankah??? atau sudah berada di luar negara??? itu aku tidak pasti...yang aku pasti, semalam kami semua memasuki kelas Miss Mel and start everything all over again... siap ada sesi berkenalan lagi dlm kelas...*sigh...

namun aku percaya, tentu ada hikmah di sebalik kejadian ini....doakan saja aku berjaya dpat A untuk subjek ini.....walaupun Uitm is having final week next week...tentu masih ada masa!

my first environmental poem for all:

meraung pada langit
menjerit pada awan
bertanya mana matahari
menentang ombak itu
melawan arah arus
bukankah itu perkara sia-sia???

jangan ditengking
usah mengeluh
kerana tiada siapa
yang mahu dengar

melacurlah pada alam
selagi kudrat terdaya
kerana ia pasti tersenyum
dan berbaik sangka..


ps: pelihara bumi kita...water is fast disseappearing..dont let it all gone. use less paper, save the tree, and carry your own bag to shop....

Thursday, October 15, 2009

kemahiran bercakap dan lenggok bahasa lambang keperibadian insan

well, juz nak share the story, smalam chat ngan my buddy from Brunei, actually he is taking diplomat study kat UBD( universiti brunei darussalam). So, dia ada study subjek macam oral comm, soft skills and whatsoever la kan, kononnnya untuk berinteraksi in term of proper manner and intelligence. nak jadi Yang Berhormat contohnya, kena la tau bahasa -bahasa para YB kan? Bahasa datuk-datuk. Samalah jugak kalu jual goreng pisang kat pekan Bukit Payung, tak kan nak jual kat orang kampung, tapi greet customer "yes, sir, how can i help you? this goreng pisang is 5 piece per one ringgit!", gila lah nak kena plangkong ngn tok penghulu aku yang tak berapa nak pandai cakap omputih kan? kan? kan? dan kan lagi.... so, perbezaan cara berbahasa inilah yang kita panggil 'jargon' (by all means, jargon is special words and phrases used by particular groups or people, especially in their words)...nah, itu je yang aku nak bgitau....tentang peranan bahasa yang amat penting dalam penyampaian maklumat....ada faham??? kalu ko orang bahasa, dan tak paham apa itu jargon, memang aku sekeh....

berbalik kepada kawan Brunei tersebut, dia kasilah satu video yang dia orang belajar, sebab orang belajar dari kesilapan, maka video ni adalah contoh yang bagus untuk cari kesilapan...
video

so, byk tak faul....aku jugak xpaham, kenapa mesti video ni? x menyentuh sensitiviti politik ke?
kawan aku yang duk Brunei itu ckap...kontroversi yang kita cari, baru menarik perhatian, terutama bila objektifnya nak belajar....


ps:/selain dari penggunaan bahasa, banyak jugak faul yang aku nmpak. korang nampak x???
perh, xder orang lain ke yang lebih layak jadi menteri penerangan??? macam kena pegi kursus komunikasi je...

dedikasi khas buat teman...

good luck!!!

Sunday, October 11, 2009

gagal lagi 'sigh'

tahun lepas, genap setahun....aku dah berazam akan tunaikan janji aku pada 10 oktober 2009..
namun masih gagal....aku rasa nak undurkan balik masa....Tuhan tolong undurkan masa walaupun beberapa minit, aku xkesah! Yang pasti aku mau masa yang terlepas itu....

Dah 21 tahun aku hidup, tp aku selalu gagal nak ucapkan selamat panjang umur kat umi aku. Walaupun aku lupa wish birthday umi, aku masih harap umi berada dalam keredhaan sepanjang masa.

Umi, hepi bday!!! silalah bace entri ini.... sebagai saya tak pernah lupa birthday umi, cuma selalu terlepas nak wish...semoga diberkati ya!

i love my mom 3 times before i love en mat zaki....


*next time, kalu buleh nk jadi orang pertama wish!!!

Friday, October 9, 2009

jalan-jalan di fakulti

terserempak ibrahim dan teman....

"eh kinah, bila nk update belog?"

wah, ibrahim follow mollow belog aku....aku suke itu!!!

Tuesday, October 6, 2009

perfect!!!

ayat cliche!

"practice makes perfect, but nobody perfect...so why practice??? "(pokjad's ym, 2009)

" nobody is perfect, i m nobody....so i m perfect!" (nurul, 2009)

sape boleh tolong terjemahkan apa maksud perfect???



*dulu masa zaman skola, slalu ingat pengawas sekolah itu perferct!!!

Monday, October 5, 2009

eh, jangan tolong kami, biarkan kami mati disini...kamu maling!

jangan pernah soal tentang semangat patriotik aku!

dalam kesibukan kerajaan malaysia + ngo malaysia + sukarelawan + dermawan yang menghulurkan bantuan ke mangsa2 gempa bumi, ada mereka berterima kasih???

kerajaan pon sibuk je sponsor kapal terbang angkut makhluk2 tak berterima kasih itu.
tiba-tiba aku rasa aku di anaktirikan di negara sendiri.

aku bukan amek port sangat pasal2 ni, cume tadi isu ini timbul masa tengah lunch. Perh, bengkak jantung aku! ape kes nak kecoh tarian pandet yang xberseni tu? itu kan dari kaum buddha di India sana...sebok nak ngaku itu hak dorang! kecoh pasal bendera malaysia sama ngan amerika, bendera dorang tiru bendera monaco...b

tapi memang mentaliti orang malaysia dah maju setapak dari dorang! mana ada malaysian yang melatah kan??? xder kan??? kan??? xmain la layan kaum-kaum bodoh ni. Tuhan bayar cash pon xreti2 lagi....


*berkali2 aku buzz kawan indonesia aku,x ada respon!!!

Sunday, October 4, 2009

tunggu

dan terus menunggu.....

walaupun menunggu itu sakit

ibarat menengking ke arah ribut

rapuh jua penantian itu

bila yang dinanti muncul

tiba bersama satu roh

dan aku suka roh itu....

oh cinta, datangla lagi!!!


*menulis entri smbil tersengih!

Friday, October 2, 2009

comel tentang afdhal abu kassim

dimensi masa: 9 am
kelas : TEC 4
nama guru: en afdhal abu kassim
para pelajar : tingkatan 1 baik

afdhal panggil nama student dia dengan nama penuh!
simptom-simptom gabra!
apakah simptom gabra aku??
tunggu 16hb!

Thursday, October 1, 2009

bila terlalu banyak assignment!!

otak jadi beku!
nak tulis, semua terkunci rapat lam otak!
tu la....
kadang2 membaca banyak sangat xelok utk otak~~

aku masih mahu esok



hari ini lebih teruk dari semalam...
semalam lebih teruk dari kelmarin....
tp aku masih mahu hari esok....
dengan harapan, esok pasti lebih baik buat ku!!!
aku cuma mau jadi lebih baik




~aku rasa nak berlakon filem~