siapakah guru?

mereka yang mampu merubah fikiran orang lain tanpa perlu paksaan.

Tuesday, November 10, 2009

money is really something....


i do admit the real value of friendship is determined by how much money in your pocket, how many platinum credit cards do you have and how much $$$ in your savings!

i have to admit as well that the real dream guy of mine should have stable financial history : car paid by cash, so do the house.... no debts ok!

sori, qualiti duit 50 henggit lama yang tak cun, duit baru lebih mengancam, tak gitu???



sebab nak cari laki kaya, kena start tulis belog dalam bahasa inggeris, sebab ramai laki kaya poyo suke cakap inggeris dengan slang british, padahal 'perlu ke slang kalau dah terbukti yang engkau keturunan jawa or bugis or lelaki melayu????'

kena pandai jenguk salun2 nak volumize kan rambut, then kena apply make up mahal2 macam produk MAC, dah tak boleh pkai stakat elianto or silky white! baju pon dah tak boleh pakai yang bundle walaupon kadang2 baju bundle wanita lagi comel dari baju yang ada kat butik di sogo!
dah kena start pakai kasut scholl instead of wearing crocs yang so kanak2! dan kalau nak pkai tudung, tak leh pakai tudung yang main sarung macam ramai indonesian girls pakai tu, kena pakai yang ala2 siti nurhaliza taruddin or ala2 wardina safiyyah, sebab lelaki kaya minat perempuan elegant!

walau kita tak suke berdandan or berpakaian mahal, tp itula investment yang perlu dibayar demi mencari lelaki kaya ( read: bukan laki orang). kadang -kadang wanita perlu berkorban dengan memakai kasut tumit tinggi 3 inci supaya nampak lebih tegak dan tidak bongkok! then kena pkai lipstik walaupun tak selesa bila nak makan aiskrim. lepas makan, kena apply balik lipgloss, owh what a waste! tp itulah pengorbanan....apalah sangat duit rm 17.90 beli lipgloss kalau dibanding kan nanti dapat elaun rm10k sbulan sebab laki saya CEO kat MK Land, oh tidak, mungkin CEO TV3 lepas dato' Farid Ridzuan. or pengarah kompeni sendiri macam dr Rozmey, tapi yang penting bukan dr Rozmey yang saya dambakan!

selepas pengakuan ini dibuat, mungkin ramai akan kata saya hipokrit, speaking english juz for the sake nak tunjuk pandai depan lelaki kaya, then tak mampu jadi sendiri walhal saya hanyalah perempuan kampung yang dulu2 suka main perang-perang dengan anak jiran, lepastu main sungai, tak main barbie atau pun masak-masak. lepas tu bila besar, lebih minat memancing daripada memasak. tapi itu bukan bermakna saya langsung tidak feminin. tak tahula pulak yang feminisme seseorang itu buleh diukur. kalau saya cakap, saya tengok citer 'papadom' pun buleh nanges, itu dah cukup femininkah???

oh, saya hanya merepek sebab ini merupakan entri terakhir yang saya mampu taip menggunakan laptop ini kerana laptop ini bakal diserahkan kepada sepupu saya yang belajar di UIA PJ. di sini saya menyeru lelaki2 kaya di luar sana untuk menghadiahkan saya sebuah laptop, paling koman saya maukan compaq v3 juga...kalau boleh, kasi je iMac...mungkin saya akan bertambah sayang pada anda!

akhir kata, majula gold digger demi masa depan anak2 yang cemerlang!



3 comments:

Pana Sensei said...

pana likes this comment..

kinah, ak mahu share perasaan itu ngn ko..
mau suami berduit yg mampu bagi ak elaun 10k sebulan..

ak tak pakai crocs..
ko jadik ajen crocs smp bile?

qieynah said...

ntah! slagi aku ada share lam kompeni mber aku! aku sndiri dah xpkai crocs, dah mula berjinak2 pakai scholl, scholl best woo....tp rege dia mak aih, meletopsss

Anonymous said...

qinahhh this one i likeee! btw how are you! :)