Selepas menggugat keselamatan dunia dengan kes virus JE /nipah pada 1999 kini beliau kembali dengan kaedah baru yang dikenali sebagai selesema babi/khinzir setelah 10 tahun bersembunyi. Wabak ini ditemui di Mexico telahpun membunuh 81 (updated) rakyatnya pada masa ini. Virus gabungan daripada selesema burung, manusia, dan babi/khinzir ini amat berbahaya kerana boleh merebak melalui manusia (boleh membunuh satu tamadun) . Statistik menunjukkan bilangan babi/khinzir di Malaysia adalah 2.6 juta ekor. Binatang haram dimakan itu juga mampu membiak dengan pantas dengan kebolehan untuk beranak 3 kali setahun, dan setiap kali beranak mampu menghasilkan 11 ekor anak babi/khinzir yang comel. Sehebat macam mana pun kawalan keselamatan, kita harus berjaga2 demi masa depan yang harmoni. Ikuti laporan berita dibawah
KUALA LUMPUR 25 April – Pengawasan di semua pintu masuk negara akan diperketatkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan sejenis wabak baru dikenali sebagai selesema babi yang telah meragut 68 nyawa di Mexico dan mencetuskan suasana cemas di negara itu.
Pengawasan itu membabitkan pemeriksaan kesihatan terhadap orang ramai antaranya mereka yang menunjukkan tanda-tanda demam panas.
MenteriKesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, wabak berkenaan amat berbahaya kerana ia tersebar melalui manusia bukannya haiwanseperti selesema burung atau ‘avian flu’ yang pernah melanda negara ini.
Beliau bagaimanapun meminta rakyat negara ini supaya tidak panik kerana kerajaan sentiasa berwaspada terhadap apa jua wabak yang boleh menyebabkan kematian.
“Selesema babi telah merebak di Mexico dan pengawasan di semua pintu masuk negara ini perlu diperketatkan segera.
“Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan sentiasa memantau penyakit berjangkit, kita sentiasa mendahului situasi,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai wabak selesema babi yang berpunca daripada virus yang tidak pernah dilihat para penyelidik sebelum ini kerana ia mengandungi kombinasi virus babi, burung dan manusia.
Dalam perkembangan berkaitan, Tiong Lai berkata, beliau belum menerima laporan terkini wabak tersebut daripada Bahagian Kawalan Penyakit dan hanya mengetahuinya melalui laporan media pagi ini.
Beliau turut menyatakan komitmen untuk melaporkan perkembangan terkini mengenai wabak berbahaya itu kepada masyarakat.
Sumber: UTUSAN ONLINE
p/s - gambar sebagai bahan motivasi untuk kali ini
p/ss -
V1 1999- Virus JE
V2 2009- Selesema Babi
V3 2019- Babi versi Terminator
sekian sahaja...dari qieynah nana yg peka terhadap keamanan dunia...para sahabat di NZ (edah, kak erni, faiedz borealis, anis atikah, etc) beware of swine flu...semoga kamu berbahagia bersama para bhabee di sana....
credit buat tuan sahibul ubey di atas rencana tersebut.....qieynah heart ubey....
~sunggoh tidak anggun apabila bhabee lebih feymes dari aku....~~
5 comments:
haha. babi bercium.. cute yeee
kalu mu nak femes,mu wat selsema sndri
selsema sakinah yg membunuh sume2 makhluk yg tak bermoral di muka bumi ni
huuu
ape ak merapu!!
ubai...baib...ibab..babi....jom bercium bersama ubai....
to lily....boley2...nti aku kolabrasi bersama dr virus...org ptama infected, mu la....immoral lily lala....
akar umbi penyakit sume nk babi..
apesal tak tenuk?
sbb tenuk xfemes....wawa....masyarakat global hnya mngmbil hati bhabeee sbb umum mngtahui bhabee adalah binatang plg hena....
Post a Comment