siapakah guru?

mereka yang mampu merubah fikiran orang lain tanpa perlu paksaan.

Thursday, July 23, 2009

H1N1 catat 44 lagi kes baru

KUALA LUMPUR 22 Julai - Sebanyak 44 lagi kes baru selesema babi atau influenza A (H1N1) dikesan di seluruh negara hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican, angka itu menjadikan jumlah terkumpul kes H1N1 di seluruh negara yang disahkan sehingga kini adalah sebanyak 921 kes.

"Hanya dua pesakit yang dirawat di hospital manakala baki kes dirawat sebagai pesakit luar dengan rawatan simptomatik," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, daripada kesemua jumlah kes baru itu, 41 kes berpunca daripada jangkitan tempatan manakala tiga lagi merupakan kes import iaitu daripada Brunei.

Beliau berkata, daripada kes tempatan yang dilaporkan itu, 38 kes melibatkan pelajar dan kakitangan beberapa buah institut pengajian tinggi, sekolah dan sebuah maktab manakala baki adalah kes terpencil.

Katanya, kesemuanya melibatkan lapan kes yang dilaporkan positif H1N1 di Kolej Winfield International dan 10 kes di Sekolah Menengah Kebangsaan Kubong, Sarawak.

Tujuh kes baru juga dilaporkan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Maktab Tentera Diraja Malaysia (MTD) Sungai Besi.

"Sementara tiga lagi kes positif H1N1 dilaporkan berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban 2, Negeri Sembilan manakala 10 kes dikesan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang," katanya.

Mohd. Ismail berkata, sebanyak 909 pesakit yang disahkan positif H1N1 sebelum ini telah pun sembuh manakala empat lagi masih dirawat sebagai pesakit luar di rumah masing-masing.

Katanya, sehingga setakat ini tiada kematian dilaporkan berlaku berikutan penularan H1N1 di negara ini.

Menurutnya juga, sehingga semalam, pandemik H1N1 telah melanda 158 buah negara dengan melibatkan 143,726 kes dengan 812 kematian.



wei, korang tak takut ke? mak pun kena selesema, tapi doktor cakap baik punya selesema...tapi mak tetap jugak bimbang...parents mak kat kampung pon dah berkali-kali kol suh pegi double check kat tempat lain...uolz tau la kadang-kadang doktor terlepas pandang perkara remeh begini....ok la...kembali ke seri pentas

2 comments:

Pana Sensei said...

mak da agak da..
org2 kat pk tu mane la nk cek btl2
cek kat clinic swasta br diorg cek btl2..
byr pon btl2 mahl..

ko tak rase pelik ke..
nape asek uitm, uitm uitm?
branch kampus..lagi kecik dr shalam..
college swasta laen kan byk org p obesi..

org uitm suke nk cari popularity

qieynah said...

ntah la pana....no komen...skarng ni pun idung aku tgh tersumbat, xtau aku nk buat cmner nak kasi tido nyenyak...seksa tau