siapakah guru?

mereka yang mampu merubah fikiran orang lain tanpa perlu paksaan.

Sunday, July 19, 2009

melaka tak hot, yang hot adalah sakinah mat zaki

mood : terasa hot amat

ok2...korang mesti nak termuntah sebab tetiba sakinah mat zaki mengaku diri dia hot tanpa henti selama seminggu. ini adalah ekoran daripada simptom-simptom diri- diminta-dibelai-dan dimanjai-tanpa-henti. Sakinah mat zaki pada dasarnya merupakan seorang wanita yang sangat lemah lembut dah sangat sejuk apabila disentuh ( cool la maksunya yang oiii). apabila anda terjumpa atau terserempak dengan beliau, sila jangan segan dan silu untuk menegur kerana jika mood beliau amat cemerlang di waktu tersebut, anda mungkin akan dibelanja makan di secret recipe, eh tidak...up sket...blanja makan kat dominos pizza. (attention, fav pizza mak ialah crunchy thin crust classified chicken without the onion and with the pineapple).

itu skadar muqaddimah entri ini...apa yang ingin saya nyatakan di dalam blog saya yang super keju ini ialah....pengalaman dan kepanasan aura saya di melaka darul....(jap, melaka ada darul ke) yang telah saya kunjungi pada minggu lepas. kesucian hati yang dimiliki oleh saudari sakinah telah membawa sakinah dan rakan2, (saudara saiful ridhwan bin saifuddin, saudari nadiy binti isa, dan saundara tenku noraini binti tengku mansur-matilah sume nama penuh) ke negeri melaka demi melawat seorang sahabat yang bernama saudara azri bin nasrun. perjalanan yang mengambil masa hampir dua jam telah dicemari dengan unsur unsur kejutan yang sememangnya tidak dapat diterima dek akal fikiran yang waras kerana di sebahagian perjalanan, kami yang berniat ingin membuat kedatangan mengejut (surprise visit) telah dikejutkan dengan berita kejayaan saudara azri keluar dari wad hospital melaka yang indah itu. Kami yang pada mulanya sangat teruja untuk ke melaka akhirnya menelefon saudara azri supaya beliau pulang kembali ke hospital kerana niat kami ke melaka hanyalah untuk melawat beliau di rumah sakit, bukan di rumah sewa beliau di bukit beruang.sempat bergambar di RnR ayer keroh melaka kerana kami tidak rushing pon( si bangang dah kuar hospital pon)
terus berposing demi memartabatkan sukan fotografi negara

jalan-jalan lagi dan terus bersiar-siar, jangan hiraukan azri...dia dah sembuh kan??

dan teruskan lagi dengan berposing xhengat dunia - sepu menahan kepanasan di sebalik tembok itu....dah suruh pakai sunblock tapi he refused to do so

kerana tiada angin dan ribut yang sudi berkunjung ke melaka, maka haruslah ada ekspo kesenian apa ntah kat dataran tu...motif tiba-tiba ada ekspo???

maka saudari sakinah mat zaki telah menunjukkan kemahiran beliau mencetak batik, yang penting senyum ketika menekap acuan ye adik-adik


saudari nadiy dan enink juga tidak mahu melepaskan peluang mencetak batik walaupon hanya sekadar lakonan untuk tatapan kamera.

ape? ingat jalan-jalan je kitorang tak lapar??? lapar woh...
tnye enink and sepu, beliau juga kelaparan amat dan kehausan dek kepanasan negeri melaka. panas..panas...panas....(gaya ifa raziah dalam spa Q)
oooppss uolz, tetibe ifa raziah datang bila namanya diseru....mak minat gila kat minah gebu ni uloz...

berbalik kepada negeri melaka yang panas dan sangat-susah-nak- cari -parking-punya-negeri.
saudara sakinah dan para sahabat akhirnya berjaya menemukan diri masing-masing di masjid yang terletak elok di sebelah hospital melaka. kerana semua orang seperti kekaguman melihat keindahan masjid tersebut, saudari sakinah dengan selambanya membuat statement " ala, masjid Ladang kat Tengganu pun macam ni jgak". Hambek uolz, mak tak suke orang koya2 kagum ni. Masjid Kristal sah-sah lagi cantik *tiba-tiba awan berarak mendung kerana saya emo

bukti kejayaan bertemu saudara azri yang kononnya dikuarantin oleh famili daripada keluar daripada rumah dikhuatiri menjadi OKU seumur hidup...ketika ini, kesemua kami ketawa dan terbahak2 kerana menyaksikan lelaki yang mendakwa dirinya amat macho berjalan sambil mengengkang seperti !@#$%.....maafkan saya Azri, tiada niat di hati ini untuk mengutuk keindahan Tuhan, percayalah..ada rahmat di sebalik kejadian ini...wah...*sambil baca muqaddam uolz
xlupa juga wajah saudari noraini, sakinah dan nadiy yang gembira kerana dapat bertemu bintang OKU Melaka...

Sekian sahaja Buletin Utama hari ini, kita kembali ke Kuala Lumpur...

ps : i love u!!

4 comments:

Jack-O said...

hot xpe. jangan hot-tempered sudeyh. huu~

qieynah said...

saya xpenah hot tempered kan nurul??? saya jua tidak pernah mengalami moodswing kan???

Pana Sensei said...

melaka takde darul ok~

oo itu masjid al-azim..

qieynah said...

kenapa melaka xder darul??? darul itu kan rumah kalu xsilap saya.

masjid Al Azim, toilet yang bersih