LONDON – Bos Chelsea, Guus Hiddink yang masih diselubungi kekecewaan apabila pasukannya tersingkir dari saingan Liga Juara-Juara, mahu teknologi video diperkenalkan bagi membantu pengadil membuat keputusan yang tepat.
Pengadil dari Norway, Tom Henning Ovrebo menolak rayuan pemain Chelsea untuk sepakan penalti ketika pasukan itu seri 1-1 dengan Barcelona di Stamford Bridge Rabu lalu, keputusan yang membolehkan gergasi bola sepak Sepanyol itu mara ke perlawanan akhir.
‘‘Dalam lain-lain sukan seperti ragbi dan bola sepak Amerika Syarikat, mereka memiliki keupayaan menggunakan teknologi tersebut di saat-saat penting.
‘‘Semua orang menunggu lima saat untuk pengadilan menerusi video sebelum membuat keputusan.
‘‘Ia boleh dibuat pada saat-saat penting dan ia akan menghasilkan keputusan berbeza.
‘‘Pengadilan menerusi video perlulah memiliki kuasa untuk menolak keputusan yang telah dibuat oleh pengadil sebenar di padang.
‘‘Jika teknologi tersebut digunakan kami mungkin telah layak ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara.
‘‘Teknologi video mampu membantu pengadil menjalankan keputusan sukar apabila terpaksa membuat keputusan penting. Terpulang kepada UEFA untuk bertindak,’’ kata Hiddink. – AFP
~~ngeh2 tetiba mau merestu tindakan Hiddink...saya jua amat menginginkan Chelsea diberi pluang kedua beraksi untuk champions league....
~~nmun aku optimis dgn keupayaan barcelona utk tmpil mnentang si syaitan merah....lagian...bak kata pok jad..."boring la kalu asek man u vs chelsea je , predictable"
~~ tidak canggih lagikah teknologi video??? tidak cukup kantoikah ketika abidal dilayang kad merah???
~~ jom kita saksikan game maha hebat tahun ini ye....messi goes sexy...ooppsss..messi go messi...
No comments:
Post a Comment