siapakah guru?

mereka yang mampu merubah fikiran orang lain tanpa perlu paksaan.

Thursday, November 12, 2009

bila lelaki melayu bikin gua panas



masih ada yang menyejukkan hati
masih ada yang membuktikan, setitik nila tak mampu rosakkan susu sebelanga

ape ni???

omaigod
omaigod

-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
- omaigod-



indahnya makhluk ciptaan tuhan!

hey perempuan!

hari ni aku masih boleh panggil ko perempuan, tp aku tak sure sampai bila
mungkin esok atau lusa aku akan start panggil ko bitch kalau sikap terhadap aku tak berubah!
bila bermasalah, pandai merengek minta tolong...
sekarang dah up sket, ada hati nak pandang orang lain sekecil2 umat
sampai bertanya khabar pon dituduh penyibuk!!!

dah itu aje, kang ramai lak yang cucuk nak tanya siapa sebenarnya ko ni!
malas nak layan!
mula-mula memang kecik ati ngan kamu yang anggun, tapi sekarang ianya lebih kepada konsep
'orang tak nak kawan, buat ape terhegeh-hegeh kan?'

sekian, wasalam! OLE!!! * tiru gaya nabil dalam movie pisau cukur

Tuesday, November 10, 2009

money is really something....


i do admit the real value of friendship is determined by how much money in your pocket, how many platinum credit cards do you have and how much $$$ in your savings!

i have to admit as well that the real dream guy of mine should have stable financial history : car paid by cash, so do the house.... no debts ok!

sori, qualiti duit 50 henggit lama yang tak cun, duit baru lebih mengancam, tak gitu???



sebab nak cari laki kaya, kena start tulis belog dalam bahasa inggeris, sebab ramai laki kaya poyo suke cakap inggeris dengan slang british, padahal 'perlu ke slang kalau dah terbukti yang engkau keturunan jawa or bugis or lelaki melayu????'

kena pandai jenguk salun2 nak volumize kan rambut, then kena apply make up mahal2 macam produk MAC, dah tak boleh pkai stakat elianto or silky white! baju pon dah tak boleh pakai yang bundle walaupon kadang2 baju bundle wanita lagi comel dari baju yang ada kat butik di sogo!
dah kena start pakai kasut scholl instead of wearing crocs yang so kanak2! dan kalau nak pkai tudung, tak leh pakai tudung yang main sarung macam ramai indonesian girls pakai tu, kena pakai yang ala2 siti nurhaliza taruddin or ala2 wardina safiyyah, sebab lelaki kaya minat perempuan elegant!

walau kita tak suke berdandan or berpakaian mahal, tp itula investment yang perlu dibayar demi mencari lelaki kaya ( read: bukan laki orang). kadang -kadang wanita perlu berkorban dengan memakai kasut tumit tinggi 3 inci supaya nampak lebih tegak dan tidak bongkok! then kena pkai lipstik walaupun tak selesa bila nak makan aiskrim. lepas makan, kena apply balik lipgloss, owh what a waste! tp itulah pengorbanan....apalah sangat duit rm 17.90 beli lipgloss kalau dibanding kan nanti dapat elaun rm10k sbulan sebab laki saya CEO kat MK Land, oh tidak, mungkin CEO TV3 lepas dato' Farid Ridzuan. or pengarah kompeni sendiri macam dr Rozmey, tapi yang penting bukan dr Rozmey yang saya dambakan!

selepas pengakuan ini dibuat, mungkin ramai akan kata saya hipokrit, speaking english juz for the sake nak tunjuk pandai depan lelaki kaya, then tak mampu jadi sendiri walhal saya hanyalah perempuan kampung yang dulu2 suka main perang-perang dengan anak jiran, lepastu main sungai, tak main barbie atau pun masak-masak. lepas tu bila besar, lebih minat memancing daripada memasak. tapi itu bukan bermakna saya langsung tidak feminin. tak tahula pulak yang feminisme seseorang itu buleh diukur. kalau saya cakap, saya tengok citer 'papadom' pun buleh nanges, itu dah cukup femininkah???

oh, saya hanya merepek sebab ini merupakan entri terakhir yang saya mampu taip menggunakan laptop ini kerana laptop ini bakal diserahkan kepada sepupu saya yang belajar di UIA PJ. di sini saya menyeru lelaki2 kaya di luar sana untuk menghadiahkan saya sebuah laptop, paling koman saya maukan compaq v3 juga...kalau boleh, kasi je iMac...mungkin saya akan bertambah sayang pada anda!

akhir kata, majula gold digger demi masa depan anak2 yang cemerlang!



sebelah lautan yang terlepas

dah selesai satu paper yang amat ngeri!
harap2 dapat keputusan yang layak dikompang satu negeri!

contemporary literature memang best, kecuali 2 soalan awal yang macam gampang kena evaluate poem! kalau tak de poem konpom senang hati sket!!!
haish!!!

tunggu 13 hb dengan hati yang tak tenteram, paper sociolinguistic menyusul dengan impak yang lebih kejam! nyesal slalu ponteng kelas madam roslinda!!!

Monday, November 9, 2009

saje nak bagitau

citer papadom sunggoh best!
kategori tak rugi menuntonnya!
meleleh air mata dari awal sampai akhir!

shut up to those yang tak nunton citer melayu!

Wednesday, November 4, 2009

sebab saya seorang yang cantik, saya nak tulis belog

sebab saya seorang yang anggun, saya mahu menulis

sebab saya seorang yang cun, saya sedang menaip

dan sebab saya seorang yang , yang, yang ........

maka saya nak tulis walaupon tak ada idea.......

Sunday, November 1, 2009

loser


pathetic sunggoh:

1. bangun pagi, on laptop, harvest crops. dah setel 645 am baru subuh...
2. pegi mlawat kebun rakan2, paling best kebun aziz, mak aih! jeles2...
3. bertukar strategi ngn kak chu ja dlm usaha meningkatkan produktiviti ladang...


bangun pagi, terus kecewa bila tengok hasil tanaman ada yang mati kelayuan, tp gembira jugak bila tgk ada tanamn yang berjaya!!!

merenung masa depan.....nak naik level cepat2 dan jadi kaya!

ps: apa barang perang2! baik berkebun weyh