siapakah guru?

mereka yang mampu merubah fikiran orang lain tanpa perlu paksaan.

Sunday, September 14, 2008

cntkNyE LElAk|...gAGaHNyE wAN|ta..??!!

Kecantikan Lelaki..??
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal
tetapi pada murni rohani. Lelaki yang
cantik,adalah:-
1)Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2)Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3)Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4)Lelaki yang tenang dan lapang dada
5)Lelaki yang baik sangka
6)Lelaki yang tak pernah putus asa
Kecantikkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad S.A.W adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
Kegagahan Wanita..??
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan
yang gagah,adalah:-
1)Perempuan yang tahan menerima sebuah
kehilangan
2)Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3)Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
4)Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.
Seluruh kegagahan yang ada pada Sayidah
Khadijah R.A adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
Sabda Rasulullah S.A.W:-
" Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
Surah Al-Ahzab: Ayat 71
" Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu.
Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
Moga-moga menjadi renungan yang boleh
membimbing kita semua, amin.
~ sesungguhnya perkara-perkara yang baik itu akan
menghapuskan keburukan. demikianlah peringatan kepada orang yang mahu beringat....

No comments: