1. manusia, sejak kecil lagi ditegur, ditegur for the wrongdoings yang disengajakan dan juga yang tidak disengajakan.
2. manusia, apabila tahu serba sedikit, satu dunia mahu dicanangkan kehebatan. Mungkin terlupa siapa 4 imam teragung, siapa khalifah paling unggul yang lebih mengetahui. Ilmu secetek longkang, sudah terasa berilmu sedalam lautan.
3. manusia, apabila melihat kesalahan yang dilakukan oleh orang lain, mudah melatah dan menghakimi. Sedangkan kegoblokan sendiri buat buat tak nampak.
4. manusia, lebih suka menghakimi dari mengadili.
5. dan manusia seperti aku, apabila ditegur sangat mudah terasa. Di hati terdetik jika Tuhan pon mahu menegur yang sama, tetapi jika aku melenting, usah gusar, itu mungkin tindakan luar kawal ku yang ingin menutup khilaf sendiri. Jangan bimbang, akal waras ini masih sedia untuk sebarang baik pulih kehidupan.
ini sahaja seuntai kata untuk dirasai di pagi hari.....sesungguhnya aku teringin menegur seseorang, tetapi belum ada keberanian....oh Lord, permudahkanlah hariku.....
siapakah guru?
mereka yang mampu merubah fikiran orang lain tanpa perlu paksaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
good luck kinah!
semua betul kinah apa yg kinah tulis tue.
memang betul, sekadar refleksi diri sndiri!
Post a Comment