siapakah guru?
mereka yang mampu merubah fikiran orang lain tanpa perlu paksaan.
Thursday, July 15, 2010
when i say life is broga hill, you should say it too...
dan bila aku kata kehidupan itu seperti broga hill, kau juga harus mengatakan perkara yang sama.
kehidupan merupakan satu perjalanan ( hamka), maka aku nak lebih advanced dari beliau....'kehidupan merupakan satu pendakian'. kau akan memulakan pendakian semenjak kau keluar dari rahim yang nyaman selama sembilan bulan itu....(sape yang tak cukup bulan, cukuplah sekadar tujuh bulan). aku ingin menyamakan kehidupan dengan broga hill kerana aku merasakan bahawa mount and valley sebuah kehidupan menyingkan suka duka sebenar makhluk Allah yang bernama manusia...(kadang-kadang manusia itu sempurna sifatnya, ada yang tidak...) namunn jangan khuatir, mereka yang OKU juga boleh mendaki broga hill kerana laluannya agak mudah untuk ditawan...sila jangan salah faham, aku cakap laluan okeh, bukan puncak!!!!
permulaan aktiviti pendakian berlaku seawal 4 pagi demi mencapai kegemilangan berada di puncak pada waktu matahari terbit, walhal tak pernah ambil tahu dari arah mana sang perkasa itu menonjolkan diri. Maka ia dipanggil gamble, atau dalam bahasa terengganu, JUDI. Oh, aku pernah mendengar seorang ahli agama tersohor dahulu kala menyatakan bahawa kehidupan ini penuh dengan perjudian, kita sering memperjudikan nasib kita demi sesuatu yang kita yakini, ya ...yang kita percaya...dan kepercayaan itu suka aku kaitkan dengan keimanan....bila kita percaya kepada sesuatu perkara, kita sebenarnya beriman kepadanya....analagi maha simple "ko percaya Tuhan kan? maka seharusnya kau beriman padaNya", tak kisah la siapa tuhan kau...tapi bagi aku, deep in my heart, ALLAH adalah tuhanku yang satu....bukan simen, bukan seramik dan bukan besi yang dibentuk-bentuk.
P/s : aku gunakan colok untuk aroma terapi dalam bilik, bukan untuk sembahyang...sila take note ye kawan-kawan...
Berbalik kepada Broga hill tadi, suka aku menyatakan kejayaan sebenar dalam kehidupan ialah apabila kita berada di puncak, maka ia sama seperti kau berjaya menawan puncak bukit Broga...apabila di sana, kau akan merasakan diri kau seperti meniti kesempurnaan yang tiada taranya....kerana untuk ke puncak sana, kau harus mengharungi jalan yang tidak rata, licin, berbatu-batu dan kadang kala ada gaung di kiri dan kanan kau....(dianalogikan sebagai cabaran hidup).
okeh, dah puas bergembira di puncak sana? oh tidak ....masih terlalu awal kawan-kawan sebab masih terdapat puncak yang lagi tinggi daripada puncak yang pertama kau daki itu....masa itu, nafsu membuak-buak...syaithon dan malaikat di kiri kanan...tak kesah ke arah mana yang kau rujuk, namun nafsu jantan manusia tak pernah mengenal erti puas...maka kamu dengan bangga bergerak maju untuk ke puncak yang lagi satu, mengulangi pendakian yang maha letih.....oh tidak...aku hampir kurus untuk itu...
dan bila ke puncak kedua itu, kau juga masih dibayangi perasaan gembira dan ketika kau sedang asyik meraikan kemenangan dalam kehidupan itu, sekali lagi kau ternampak ada puncak ketiga untuk kau daki....yeah.....untuk pengetahuan mereka yang tak pernah ke Broga Hill, puncak Broga ada 4 di mana puncak yang tertingggi adalah puncak yang keempat....
p/s: awas jika kau sebarkan, aku belum berjaya menawan puncak ke empat itu....
kau pernah dengar yang kehidupan ini ibarat roda??? tak kan selamanya kau nak berada di puncak kan? even Tun Mahathir pun bosan jadi perdana menteri....padahal kita masih memerlukan beliau...(oh i wish he will be able to survive up until 2020)....
maka, kau harus sentiasa pandang ke bawah...kau tak nak turun? kau tunggulah di puncak bukit tu sampai kena panah petir. nak? nak?????
ketika menuruni bukit, kadang-kadang kita terlalu alpa kerana pemikiran kita sentiasa diterapkan dengan pemahaman 'menuruni bukit adalah lebih mudah berbanding ketika mendakinya'.....nah....amek kau...sekali kau turun bukit, terus licin dan tergelincir, lalu jatuh. berdebak debuk bagai nangka yang jatuh......ditambah pula dengan deraian ketawa oleh sang rakan yang disangka sahabat dunia akhirat...oh semua fake belaka....(syoohh, pergi korang semua yang bukan ikhlas nak berkawan dengan sang aku)....
well, kejayaan sebenar seseorang bukan diukur dengan kedudukan berapa banyak wang di dalam akaun.... ianya mengenai sejauh mana mereka telah berjalan (wow, lebih kilometer dengan shell), maka janganlah kamu mengatakan selamat tinggal di setiap persimpangan dan persinggahan yang kamu tinggal.....(sambil mendengar lagu 'never say goodbye' by barbara)
dah, itu jer daripada saya, renung-renungkan dan selamat beramal.....moral of this post is stated in two last lines of last paragraph.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
life is broga hill. satu metafora kehidupan yg indah cik sakinah!
metafora cair tatkala sang kinah dtinggal sang rakan yg menghilang ke serambi mekah!
Dan lindungan bawah bayu samudera.
ps. Love the metaphore!
im: plz love me!
Post a Comment